Sunday, January 18, 2009

KERJASAMA YANG BAIK DIANTARA PIBG,LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH DAN GURU-GURU SEKOLAH MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG-SIRINGAN GUBAT


Info Gambar
YB Datuk Siringan menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SJK (C) Pai Wen En.Ng Ah Tuck.Turut kelihatandan En.James Ingguru ,Pegawai pelajaran Derah Ranau En.Adzman Manaf,Yang Dipertua PIBG Puan Annie Ching.


Ranau- Membentuk Modal Insan haruslah dipupuk dan disemai bermula dari institusi kekeluargaan dan dikembangkan di alam persekolahan merupakan kunci utama dalam mencapai konsep tersebut.

Demikianlah salah satu amanat oleh Ahli Parlimen Ranau pada satu majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM )di SJK(C) Pai Wen pada 10hn January 2009 yang lepas.Beliau memberi pujian kepada sekolah ini kerana terus mengekalkan kecemerlangannya dari aspek pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan tahunan dan UPSR.

Belaiu juga mengucapkan tahniah kepada Ahli lembaga PIBG dan Pengelola Sekolah kerana menunjukkan kerjasama yang sangat baik dalam membantu sekolah tersebut dari semua sudut terutama dari segi aspek pembangunan dan pembelajaran sekolah tersebut.Beliau yakin dan percaya kerjasama yang sangat baik ini boleh membantu sekolah ini terus mencapai kecemerlangannya dalam pembelajaran dan pencapaian yang baik oleh pelajar sekolah ini.

SJK (C) Pai Wen merupaka satu-satunya sekolah jenis kebangsaan cina yang ada di Daerah Ranau ini.Walaupun demikian ramai dikalangan Bumiputera dusun dan bangsa lain menghantar pelajar di sekolah ini malah melebihi 60% daripada bangsa cina untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di sekolah ini.

Dalam majlis ini juga Pegawai Pelajaran Daerah Ranau juga turat sama menyeru kepada ibubapa pelajar yang telah mendapat Bantuan KWAPM ini agar membelanjakan sepenuhnya wang ini untuk tujuan pembelajaran dan kelengkapan pelajar.Wang tersebut merupakan Amanah dan haruslah dibelanjakan dengan sebetulnya dan hanya untuk tujuan keperluan bagi pelajar semata-mata dan bukannya tujuan yang tidak betul.

Dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Ranau juga menyerahkan wang tunai RM 5,000.00 untuk kegunaan aktiviti Lembaga PIBG dan RM 5,000.00 untuk kegunaan pihak pentadbir sekolah untuk kegunaan sekolah dalam meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar dan guru sekolah tersebut.Beliau juga memberi hadiah insentif RM100.00 kepada 5 orang pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di sekolah tersebut.

Syam Roger

No comments: