Wednesday, March 3, 2010

MOHON KERAJAAN TERUSKAN SUBSIDI ELEKTRIK DI BAWAH RM 20 RINGGIT KE BAWAH – SIRINGAN GUBAT.


Dari Kiri YB Datuk Siringan Gubat Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Hj.Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah Dan IR Ahmad Fuad Kassim Pengurus Besar Pembahagian SESB Negeri Sabah memotong Riben Tanda Perasmian Belakan Elektrik Luar Bandar (BELB)bagi Kg.toboh Lama,Kg.Toboh Pahu dan Kg.Tudan.

Ranau : “ Kita Mahu Kerajaan Terus Memberi Subsidi Elektrik di bawah RM 20.00 ...” Demikianlah antara gesaan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat yang mahu agar kerajaan meneruskan pemberian subsidi untuk bil Eletrik di bawah RM 20 ringgit semasa berucap dalam majlis Perasmian bekalan Elektrik luar Bandar (BELB) untuk tiga buah kampung (Kg.Tudan,Kg.Toboh Pahu dan Kg.Toboh Lama ) baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN N.30 Karanaan baru-baru ini.

Pemimpin dan masyarakat Daerah Ranau menyambut baik usaha kerajaan untuk memperuntukkan subsidi ini dan menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang (BN) benar-benar memahami keperluan penduduk luar Bandar yang sememangnya perlu di beri perhatian kerana tidak mempunyi pendapatan yang tetap.

Berkata dalam majlis tersebut kedua-dua pemimin YB Datuk Siringan Gubat dan Datuk Hj.Masidi Manjun mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana memberi peruntukan untuk bekalan elektrik melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebanyak 6.8 Juta untuk Lapan buah kampung di kawasan Dun Keranaan ini (Kg.Torolobou,Kg.Sosondoton,Kg.Tinatasan,Kg.Tudan 1, kg.Tudan 2, Kg.Toboh Pahu, Kg.Toboh Lama dan Kg.Nagaya) yang diselia oleh Sabah Electrik City Sendirian Berhad (SESB).

YB Datuk Siringan juga berkata dengan adanya bekalan Elektrik Hidro 24 jam ini, membolehkan penduduk kampung terutama anak-anak yang masih belajar boleh memanafaatkan bekalan elektrik ini untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.Beliau juga mengharapkan bekalan elektrik ini mengurangkan jarak informasi diantara penduduk luar Bandar dengan penduduk Bandar dalam menghadapi persaingan terutama dalam bidang pendidikan dan sebagainya.

Pengerusi JKKK Kg.Toboh Lama En.Amin Bakin, yang mewakili 2 ribu lebih penduduk kampung di sekitar yang terlibat dengan projek bekalan elektrik ini mengucapkkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua pemimpin yang terlibat terutama YB Datuk Siringan Gubat dan Datuk Hj. Masidi Manjun atas usaha mereka sehingga akhirnya penantian permohonan selama 20 lebih tahun akhirnya menjadi realiti untuk mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Kedua-dua pemimpin juga menggesa agar penduduk di sekitar Dun ini melipat gandakan usaha mereka untuk terus membuka tanah terutama dalam bidang pertanian (padi bukit dan sayuran tanah tinggi ) agar ekonomi penduduk di kawasan ini terus berkembang maju kerana bidang pertanian ini memberikan pulangan yang baik kerana cuaca dan bentuk muka bumi di kawasan ini amat sesuai untuk tanaman padi bukit dan sayur tanah tinggi yang berkualiti tinggi.

YB Datuk Siringan mengharapkan agar kerajaan pusat terus memberi keutamaan peruntukan bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Jalan-jalan raya di kawasan Parlimen Ranau ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini, kerana masih banyak kampung-kampung di kawasan Parlimen Ranau ini yang belum mendapat bekalan Elektri Hidro 24 jam dan jalan-jalan raya yang masih sukar dan teruk untuk dilalui.
Syam Roger

Sunday, February 7, 2010

AMALKAN BUDAYA MENGHORMATI KEPERCAYAAN KAUM LAIN…




RANAU : Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat bersama pemimpin-pemimpin Komponen Barisan Nasiona (BN) YB Datuk Masidi Manjun (ADUN N.30 Karanaan), YB Datuk Dr.Ewon Ebin (Adun N.31 Paginatan) YB Dr.Joucim Gunsalam (Adun n.29 Kundasang) terus melaksanakan gegasan 1Malayisa apabila bersama-sama turun padang bersalam-salaman dengan peniaga-peniaga di pekan Ranau sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2010.

YB Datuk Siringan Gubat dalam temubual ringkas dalam program tersebut menyifatkan bahawa amalan saling hormat menghormati diantara kaum-kaum dan pegangan agama harus diamalkan oleh setiap individu dalam memastikan keamanan terus dinikmati dan dikecapi oleh seluruh lapisan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa keamanan dan kerharmonian dalam mesyarakat amat penting sekali kerana sesebuah masyarakat yang aman damai membolehkan masyarakat itu bebas untuk melaksanakan kerja, bebas untuk berniaga dan bebas untuk melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa tertekan atau ketakutan.

Beliau juga mengesa agar perpaduan dan kerjasama diantara pemimpin kompenen-kompenan BN di daerah Ranau yang begitu baik sekali haruslah terus dikekalkan agar dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan boleh menyelasaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi kepada seluruh masyarakat Cina di daerah Ranau khususnya dan mengharapkan agar pepaduan dapat diamalkan demi untuk menjamin keamanan terutama di daerah Ranau ini.

Syam Roger