Sunday, January 18, 2009

SK.KINAPULIDAN PERLUKAN PERUNTUKAN SEGERA –SIRINGAN GUBAT



RANAU- Ahli Parlimen Ranau meminta kepada Jabatan Pelajaran Malaysia untuk turun memantau pembangunan di sekolah-sekolah di sekitar Daerah Ranau kerana banyak sekolah yang telah usang dan memerlukan pembaikan segera.

Beliau berkata demikian ekoran dari lawatan beliau secara mengejut ke sekolah Sk.Kinapulidan Ranau yang mana salah satu bangunan usang di sekolah tersebut roboh menyambah bumi pada sabtu yang lepas.

Dalam lawatan tersebut, beliau sendiri melihat bangunan sekolah itu amat daif dengan bangunan lama dan harus memerlukan pembinaan bangunan yang baru.Beliau merasa kesal kerana pembelajaran murid-murid di sekolah tersebut tergendala akibat daripada masalah tersebut.

Beliau juga sedih dan terkilan kerana rancangan untuk membina Kelas Kabin di sekolah itu juga turut terbengkalai walaupun tempoh penyiapannya telahpun selesai.Beliau amat mengharapkan agar Jabatan Pelajaran Daerah turun memantau ke sekolah tersebut untuk membantu sekolah tersebut menyelasaikan masalah sekolah ini.

Ekoran dari kelewatan penyiaapan Kelas Kabin dan masalah keruntuhan bangunan ini, telah menyebabkan beberapa kelas telah di letakkan di kaki lima makmal sekolah itu dan semenangnya perkara ini tidak memberikan keselesaan kepada murid menerima ilmu daripada guru yang mengajar mereka.

Dalam lawatan singkat tersebut, beliau juga menghulurkan sedikit bantuan kepada pihak sekolah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.

Syam Roger

KERJASAMA YANG BAIK DIANTARA PIBG,LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH DAN GURU-GURU SEKOLAH MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG-SIRINGAN GUBAT


Info Gambar
YB Datuk Siringan menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SJK (C) Pai Wen En.Ng Ah Tuck.Turut kelihatandan En.James Ingguru ,Pegawai pelajaran Derah Ranau En.Adzman Manaf,Yang Dipertua PIBG Puan Annie Ching.


Ranau- Membentuk Modal Insan haruslah dipupuk dan disemai bermula dari institusi kekeluargaan dan dikembangkan di alam persekolahan merupakan kunci utama dalam mencapai konsep tersebut.

Demikianlah salah satu amanat oleh Ahli Parlimen Ranau pada satu majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM )di SJK(C) Pai Wen pada 10hn January 2009 yang lepas.Beliau memberi pujian kepada sekolah ini kerana terus mengekalkan kecemerlangannya dari aspek pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan tahunan dan UPSR.

Belaiu juga mengucapkan tahniah kepada Ahli lembaga PIBG dan Pengelola Sekolah kerana menunjukkan kerjasama yang sangat baik dalam membantu sekolah tersebut dari semua sudut terutama dari segi aspek pembangunan dan pembelajaran sekolah tersebut.Beliau yakin dan percaya kerjasama yang sangat baik ini boleh membantu sekolah ini terus mencapai kecemerlangannya dalam pembelajaran dan pencapaian yang baik oleh pelajar sekolah ini.

SJK (C) Pai Wen merupaka satu-satunya sekolah jenis kebangsaan cina yang ada di Daerah Ranau ini.Walaupun demikian ramai dikalangan Bumiputera dusun dan bangsa lain menghantar pelajar di sekolah ini malah melebihi 60% daripada bangsa cina untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di sekolah ini.

Dalam majlis ini juga Pegawai Pelajaran Daerah Ranau juga turat sama menyeru kepada ibubapa pelajar yang telah mendapat Bantuan KWAPM ini agar membelanjakan sepenuhnya wang ini untuk tujuan pembelajaran dan kelengkapan pelajar.Wang tersebut merupakan Amanah dan haruslah dibelanjakan dengan sebetulnya dan hanya untuk tujuan keperluan bagi pelajar semata-mata dan bukannya tujuan yang tidak betul.

Dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Ranau juga menyerahkan wang tunai RM 5,000.00 untuk kegunaan aktiviti Lembaga PIBG dan RM 5,000.00 untuk kegunaan pihak pentadbir sekolah untuk kegunaan sekolah dalam meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar dan guru sekolah tersebut.Beliau juga memberi hadiah insentif RM100.00 kepada 5 orang pelajar yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di sekolah tersebut.

Syam Roger

DAERAH RANAU MEMERLUKAN LEBIH 500 JUTA UNTUK MEMPERBAIKI DAN MEMBINA JALAN RAYA –YB DATUK SIRANGAN GUBAT


Info Gambar

DE En.Gilbert Ahmad Chua memberikan taklimat kepada YB Datuk Siringan Gubat Perkembangan Perlaksanaan RMK9 Bagi Daerah Ranau.Turut Kelihatan En.Jemes Ingguru Dan En.Jhon Baranting Pegawai Perhubungan Parlimen.

RANAU- Ahli Parlimen Ranau telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau untuk mendapatkan laporan perkembangan perlaksaan RMK-9 yang yang telah dilaksanakan selama ini yang mana masih mempunyi tempoh berakhir 2 tahun lagi untuk dilaksanakan.

Beliau yang telah diberi taklimat oleh DE En.Gilbert Ahmad Chua difahamkan bahawa Daerah Ranau memerlukan satu dana yang besar untuk membina dan memperbaiki jalan raya di kawasan Daerah Ranau dan memerlukan suntikan dana dari kerajaan pusat.

Dalam lawatan tersebut YB Datuk Siringan meminta JKR Daerah Ranau mengenalpasti senarai-senarai jalan yang belum dimasukkan ke dalam RMK9 dan akan berusaha untuk membawa senarai tersebut ke pihak JKR Negeri untuk dibincangkan dan terus dibentangkan kepada Kerajaan Pusat.

Ahli Parlimen Ranau juga akan berusaha untuk memohon peruntukan kecemasan dari kerjaan secepat mungkin kerana banyak jalan raya di daerah ini yang memerlukan peruntukan segera,kerana banyak jalan-jalan yang rosak dan runtuh akibat hujan dan cuaca yang tidak baik sepanjang awal tahun ini.

Syam Roger

Monday, January 12, 2009

AHLI PARLIMEN RANAU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PADU OLEH PENDUDUK RANAU TERHADAP KERAJAAN BN.





Ranau- Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk Ranau pada pilihanraya yang lepas.Beliau yang telah mengadakan lawatan sehari di 3 buah kampung di kawasan terpencil Dearah Ranau pada bulan Disember yang lepas akan berusaha mebawa agenda pembangunan yang besar bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk di kawasan pedalaman di sekitar Daerah Ranau..

Dalam Program Pemimpin Bersama rakyat tersebut (Kg.Karagasan, Kg.Botong, dan Kg.Sinurai ) beliau berkata, akan mengutamakan keperluan kemudahan infranstruktur seperti bekalan air paip yang bersih,memperbaiki jalan-jalan yang teruk dan beliau juga turut memikirkan keperluan bekalan elektrik seperti bekalan Solar di kawasan pedalaman ini, kerana kos yang tinggi untuk bekalan terus daripada janakuasa SESB dari pekan Ranau.

Beliau yang merasakan agenda ini merupakan satu keutamaan penting kerana dengan adanya kemudahan infranstruktur ini, akan memudahkan penduduk di kawasan ini memperolehi air yang bersih,perhubungan yang baik terutama golongan-petani dan juga bekalan cahaya lampu untuk memudahkan anak-anak mengulangkaji pelajaran di waktu malam.

Beliau yakin dengan kemampuan kerajaan BN yang lebih matang pada masa kini, mampu untuk terus membela keperluan rakyat terutama di kawasan pedalaman terutama golongan petani-petani kecil.Jalan perhubungan juga harus di perbaiki agar pengguna jalanraya di kawasan pedalaman ini seperti golongan pendidik yang mengajar di kawasan pedalaman ini tidak menghadapi masalah untuk sampai di sekolah-sekolah sekitar kawasan pedalaman ini.

Dalam program lawatan ini beliau turut menyampaikan sumbangan enjin bot sangkut untuk kegunaan penduduk Kg.Karagasan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana sungai masih merupakan salah satu jalan perhubungan utama penduduk disekitar kampung ini . Beliau juga turut menyumbangkan mesin rumput di Kg.Botong dan Kg.Sinurai untuk kegunaan penduduk membersihkan persekitaran kampung tersebut dan juga untuk tujuan aktiviti pertanian.

Syam Roger

PETANI-PETANI DI SEKITAR DAERAH RANAU DIGALAKKAN UNTUK MENJADI AHLI PERTUBUHAN PELADANG KINABALU (PPK)-SIRINGAN GUBAT




info Gambar
YB Datuk Siringan duduk (3 dari Kanan) mengambil gambar kenangan bersama Ahli Jemaah PPK Kawasan Kinabalu.Pengerusi PPK Kawasan Kinabalu En.Lasiman Kumbas duduk 2 dari kanan,En.Sairin Hj.Dusin Pengurus Besar PPK Kinabalu duduk pertama dari kanan.

Ranau- Keperihatinan Kerajaan BN masa kini terhadap sektor pertanian tidak boleh disangkal lagi dengan peruntukan yang begitu tinggi bagi membantu petani-petani di seluruh Negara.Dengan slogan PM Malaysia yang mengatakan Pertanian merupakan satu perniagaan harus di sahut oleh rakyat terutama penduduk Daerah Ranau, kerana sector pertanian bukan sahaja mampu memberikan pulangan yang baik tetapi turut juga membantu Negara untuk mengimbangi kesan kemelesatan ekonomi yang melanda dunia masa kini.

Ahli Parlimen Ranau yang mana telah menghadiri taklimat oleh Pertubuhan Peladang Kinabalu (PPK) begitu tertarik sekali dengan perancangan-perancangan dan program perlaksanaan pembangunan pertanian yang telah dijalankan oleh PPK.Melalui pengurusan yang terancang,cekap dan amanah.Beliau yakin PPK Kawasan Kinabalu mampu mencapai visi dan misinya serta memberikan perhidmatan yang baik dan pulangan yang menguntungkan kepada ahli-ahlinya.

Dengan bantuan subsidi melalui dana-dana yang disalurkan oleh kerajaan kepada agensi-agensi swasta dan kerajaan, beliau berharap petani di Daerah Ranau mengunakaan manafaat sepenuhnya dana ini,bagi meningkatkan hasil-hasil pertanian mereka.

Beliau memberi keyakinkan kepada PPK Kawasan Kinabalu bahawa Kerajaan BN akan terus membela nasib golongan petani di Negara ini melalui subsidi dan ransangan prasarana yang boleh memabantu petani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

Beliau juga turut menggalakkan golongan Belia terutama lepasan garaduan di Daerah Ranau untuk menceburi sektor pertanian dan tidak mengharapkan tawaran kerja dalam perjawatan awam semata-mata, kerana sektor pertanian mampu memberikan pulangan yang besar sekiranya petani itu mempunyi perancangan yang baik,efisyen ,sistematik dan mempunyi kesungguhan yang tinggi.

Akhir sekali beliau mengharapkan agar PPK Kawasan Kinabalu mampu menjadi salah satu nadi dan tunggak utama yang mampu melahirkan petani moden dan membantu Negara meningkatkan hasil-hasil pertanian Negara.


SYAM ROGER