Monday, January 12, 2009

AHLI PARLIMEN RANAU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PADU OLEH PENDUDUK RANAU TERHADAP KERAJAAN BN.





Ranau- Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk Ranau pada pilihanraya yang lepas.Beliau yang telah mengadakan lawatan sehari di 3 buah kampung di kawasan terpencil Dearah Ranau pada bulan Disember yang lepas akan berusaha mebawa agenda pembangunan yang besar bagi memenuhi keperluan penduduk-penduduk di kawasan pedalaman di sekitar Daerah Ranau..

Dalam Program Pemimpin Bersama rakyat tersebut (Kg.Karagasan, Kg.Botong, dan Kg.Sinurai ) beliau berkata, akan mengutamakan keperluan kemudahan infranstruktur seperti bekalan air paip yang bersih,memperbaiki jalan-jalan yang teruk dan beliau juga turut memikirkan keperluan bekalan elektrik seperti bekalan Solar di kawasan pedalaman ini, kerana kos yang tinggi untuk bekalan terus daripada janakuasa SESB dari pekan Ranau.

Beliau yang merasakan agenda ini merupakan satu keutamaan penting kerana dengan adanya kemudahan infranstruktur ini, akan memudahkan penduduk di kawasan ini memperolehi air yang bersih,perhubungan yang baik terutama golongan-petani dan juga bekalan cahaya lampu untuk memudahkan anak-anak mengulangkaji pelajaran di waktu malam.

Beliau yakin dengan kemampuan kerajaan BN yang lebih matang pada masa kini, mampu untuk terus membela keperluan rakyat terutama di kawasan pedalaman terutama golongan petani-petani kecil.Jalan perhubungan juga harus di perbaiki agar pengguna jalanraya di kawasan pedalaman ini seperti golongan pendidik yang mengajar di kawasan pedalaman ini tidak menghadapi masalah untuk sampai di sekolah-sekolah sekitar kawasan pedalaman ini.

Dalam program lawatan ini beliau turut menyampaikan sumbangan enjin bot sangkut untuk kegunaan penduduk Kg.Karagasan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana sungai masih merupakan salah satu jalan perhubungan utama penduduk disekitar kampung ini . Beliau juga turut menyumbangkan mesin rumput di Kg.Botong dan Kg.Sinurai untuk kegunaan penduduk membersihkan persekitaran kampung tersebut dan juga untuk tujuan aktiviti pertanian.

Syam Roger

No comments: