Thursday, July 28, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 2011




Pejabat Perhubungan Parlimen Ranau - Ahli Parlimen Ranau YB.Datuk Siringan Gubat mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Umat Islam yang akan menyambut Bulan Ramadan pada tahun ini yang akan dijangka bermula pada 1hb Ogos 2011.

Wednesday, March 3, 2010

MOHON KERAJAAN TERUSKAN SUBSIDI ELEKTRIK DI BAWAH RM 20 RINGGIT KE BAWAH – SIRINGAN GUBAT.


Dari Kiri YB Datuk Siringan Gubat Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Hj.Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah Dan IR Ahmad Fuad Kassim Pengurus Besar Pembahagian SESB Negeri Sabah memotong Riben Tanda Perasmian Belakan Elektrik Luar Bandar (BELB)bagi Kg.toboh Lama,Kg.Toboh Pahu dan Kg.Tudan.

Ranau : “ Kita Mahu Kerajaan Terus Memberi Subsidi Elektrik di bawah RM 20.00 ...” Demikianlah antara gesaan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat yang mahu agar kerajaan meneruskan pemberian subsidi untuk bil Eletrik di bawah RM 20 ringgit semasa berucap dalam majlis Perasmian bekalan Elektrik luar Bandar (BELB) untuk tiga buah kampung (Kg.Tudan,Kg.Toboh Pahu dan Kg.Toboh Lama ) baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN N.30 Karanaan baru-baru ini.

Pemimpin dan masyarakat Daerah Ranau menyambut baik usaha kerajaan untuk memperuntukkan subsidi ini dan menunjukkan bahawa kerajaan yang ada sekarang (BN) benar-benar memahami keperluan penduduk luar Bandar yang sememangnya perlu di beri perhatian kerana tidak mempunyi pendapatan yang tetap.

Berkata dalam majlis tersebut kedua-dua pemimin YB Datuk Siringan Gubat dan Datuk Hj.Masidi Manjun mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana memberi peruntukan untuk bekalan elektrik melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebanyak 6.8 Juta untuk Lapan buah kampung di kawasan Dun Keranaan ini (Kg.Torolobou,Kg.Sosondoton,Kg.Tinatasan,Kg.Tudan 1, kg.Tudan 2, Kg.Toboh Pahu, Kg.Toboh Lama dan Kg.Nagaya) yang diselia oleh Sabah Electrik City Sendirian Berhad (SESB).

YB Datuk Siringan juga berkata dengan adanya bekalan Elektrik Hidro 24 jam ini, membolehkan penduduk kampung terutama anak-anak yang masih belajar boleh memanafaatkan bekalan elektrik ini untuk mengulangkaji pelajaran pada waktu malam.Beliau juga mengharapkan bekalan elektrik ini mengurangkan jarak informasi diantara penduduk luar Bandar dengan penduduk Bandar dalam menghadapi persaingan terutama dalam bidang pendidikan dan sebagainya.

Pengerusi JKKK Kg.Toboh Lama En.Amin Bakin, yang mewakili 2 ribu lebih penduduk kampung di sekitar yang terlibat dengan projek bekalan elektrik ini mengucapkkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan semua pemimpin yang terlibat terutama YB Datuk Siringan Gubat dan Datuk Hj. Masidi Manjun atas usaha mereka sehingga akhirnya penantian permohonan selama 20 lebih tahun akhirnya menjadi realiti untuk mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Kedua-dua pemimpin juga menggesa agar penduduk di sekitar Dun ini melipat gandakan usaha mereka untuk terus membuka tanah terutama dalam bidang pertanian (padi bukit dan sayuran tanah tinggi ) agar ekonomi penduduk di kawasan ini terus berkembang maju kerana bidang pertanian ini memberikan pulangan yang baik kerana cuaca dan bentuk muka bumi di kawasan ini amat sesuai untuk tanaman padi bukit dan sayur tanah tinggi yang berkualiti tinggi.

YB Datuk Siringan mengharapkan agar kerajaan pusat terus memberi keutamaan peruntukan bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Jalan-jalan raya di kawasan Parlimen Ranau ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ini, kerana masih banyak kampung-kampung di kawasan Parlimen Ranau ini yang belum mendapat bekalan Elektri Hidro 24 jam dan jalan-jalan raya yang masih sukar dan teruk untuk dilalui.
Syam Roger

Sunday, February 7, 2010

AMALKAN BUDAYA MENGHORMATI KEPERCAYAAN KAUM LAIN…




RANAU : Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat bersama pemimpin-pemimpin Komponen Barisan Nasiona (BN) YB Datuk Masidi Manjun (ADUN N.30 Karanaan), YB Datuk Dr.Ewon Ebin (Adun N.31 Paginatan) YB Dr.Joucim Gunsalam (Adun n.29 Kundasang) terus melaksanakan gegasan 1Malayisa apabila bersama-sama turun padang bersalam-salaman dengan peniaga-peniaga di pekan Ranau sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun 2010.

YB Datuk Siringan Gubat dalam temubual ringkas dalam program tersebut menyifatkan bahawa amalan saling hormat menghormati diantara kaum-kaum dan pegangan agama harus diamalkan oleh setiap individu dalam memastikan keamanan terus dinikmati dan dikecapi oleh seluruh lapisan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa keamanan dan kerharmonian dalam mesyarakat amat penting sekali kerana sesebuah masyarakat yang aman damai membolehkan masyarakat itu bebas untuk melaksanakan kerja, bebas untuk berniaga dan bebas untuk melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa tertekan atau ketakutan.

Beliau juga mengesa agar perpaduan dan kerjasama diantara pemimpin kompenen-kompenan BN di daerah Ranau yang begitu baik sekali haruslah terus dikekalkan agar dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan boleh menyelasaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina yang tidak lama lagi kepada seluruh masyarakat Cina di daerah Ranau khususnya dan mengharapkan agar pepaduan dapat diamalkan demi untuk menjamin keamanan terutama di daerah Ranau ini.

Syam Roger

Wednesday, December 16, 2009

Debaran 14 Dis...7 Menteri, 20 Timbalan dan 39 BNBBC jadi penyelamat

Cerita debaran Isnin malam di Dewan Rakyat yang menyaksikan BN berjaya mendapat kelulusan bajet 2010 dengan hanya kelebihan tiga undi masih belum reda.

Di pihak pembangkang, banyak juga ceritanya.Penyokong mereka kecewa kerana Ahli Parlimen pembangkang tidak hadir dalam jumlah yang penuh kerana jika itu berlaku keputusan pengundian mungkin akan menyaksikan keadaan yang amat menyulitkan pihak kerajaan.

Apabila berita tersebut disiarkan, pelbagai komen diberikan. Ada yang kecewa dengan perkara berlaku dan tidak kurang juga mahu mengetahui siapakah kalangan Ahli Parlimen BN yang hadir pada malam pengundian dijalankan.

Berdasarkan rekod Parlimen, daripada 66 Ahli Parlimen BN yang hadir, tujuh orang adalah Menteri, 20 Timbalan, dua Timbalan Speaker dan 37 ahli penyokong kerajaan (BNBBC).

Tujuh menteri tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, Menteri di JPM, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Manakala Timbalan Menteri yang hadir pula ialah Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Datuk Wira Johari Baharom, Datuk Wira Abu Seman Haji Yusop, Datuk Yong Khoon Seng, Datuk Rohani Karim, Datuk Wira Chor Chee Heung, Wee Jeck Seng, Datuk Robert Lau, Datuk Joseph Salang Gandum, Joseph Entulu Belaun, Datuk Dr Wee Ka Siong, Jelaing Mersat, Fadillah Yusof, Datuk Tan Lian Hoe, Saifuddin Abdullah, Datuk Hassan Malek, Datuk Abdul Rahim Bakri, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk M. Saravanan dan Datuk Liew Vui Keong.

Menariknya bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abd Taib (Kota Samarahan) yang kini berstatus penyokong kerajaan turut hadir menyokong kelulusan bajet berkenaan.

Selain beliau, Ahli BNBBC yang berjumlah 80 orang semuanya, yang hadir cuma seramai 37 sahaja yang hadir manakala tidak hadir seramai 41 orang.

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Dua lagi Timbalan Speaker iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Datuk Ronald Kiandee (Beluran) turut mengundi atas kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen BN dan penyokong kerajaan.

Di pihak pembangkang pula, seramai tujuh Ahli Parlimen PKR tidak hadir iaitu Azmin Ali (Gombak) , Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) , Datuk Zainal Abidin Ahmad (Hulu Selangor) , Dr Lee Boon Chye (Gopeng) , Manickavasagam (Kapar) , Datuk Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) .

Tujuh Ahli Parlimen DAP yang turut tidak hadir ialah Lim Guan Eng (Bagan) , Jeff Ooi (Jelutong) , Dr. Ramasamy (Batu Kawan) , Teresa Kok (Seputeh) dan Choe Ken Yow, Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan Gobind Sing Deo (Puchong) yang kini menjalani hukuman penggantungan satu tahun.

PAS pula Ahli Parlimennya tidak hadir iaitu Mahfuz Omar (Pokok Sena) , Dr Che Rosli (Hulu Langat), Mujahid Yusof Rawa( Parit Buntar) , Datuk Taib Azamuddin (Baling). – 16/12/2009

Sunday, December 6, 2009

Program Rakan Alam Sekitar P.179 Ranau


Pelajar-pelajar Sk.Tungou menyambut kehadiran YB Datuk Siringan Gubat Ahli Parlimen Ranau


YB Datuk Siringan Memukul Gong Simbolik Perasmian Program Rakan Alam Sekitar Mukim Randagong.


YB Datuk Siringan Menanam Pokok Rambutan Sebagai Sokongan pemuliharaan Alam Sekitar


PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR P.179 RANAU MUKIM RANDAGONG


Ranau - " Manusia harus ubah sikap...Sikap manusia yang suka menebang pokok berkualiti tinggi dan tidak ada langkah untuk menanam semula harus diubah agar negara terus mempunyi pokok yang bekualiti tinggi dan boleh dikomersialkan oleh genarasi akan datang.."

Demikianlah antara saranan oleh YB Datuk Siringan semasa merasmikan Penutupan Program Rakan Alam Sekitar P.179 Ranau bagi Mukim Randagong di Kg.Tungou Ranau baru-baru ini.

Beliau memuji sikap Pegawai-pegawai kerajaan di daerah Ranau kerana begitu Komited sekali menjayakan Program Pemuliharaan Alam sekitar di kawasan Daerah Ranau memalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Beliau mengingatkan agar program ini sentiasa diteruskan kerana Daerah Ranau merupakan Pusat Pelancongan yang terkenal di seluruh dunia.Selain dari menjaga kebersihan masyarakat Ranau juga diingatkan agar sentiasa memastikan agar memulihara semula kawasan-kawasan yang diterokai agar eko-sistem dapat dikekal dan mencegah dari pemanasan global yang begitu teruk sekali.

Beliau yakin dan dan percaya dengan adanya kerjasama dan penyertaan dari semua pihak pemuliharaan alam sekitar ini dapat dijayakan dan berterusan sehingga ke genarasi-genarasi akan datang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Program Alam Sekitar Bagi Dun Karanaan En.Wahab Rasman (PKR N.30 karanaan) kerana berjaya mengadakan Program di Mukim Randagong ini.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tim.Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah En.Amirul Ariffin kerana bersama menjayakan Program Rakan Sekitar Parlimen Ranau.

Thursday, October 22, 2009

Gotong Royong Perdana Dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar








Ranau - Ahli Parlimen Ranau mengetuai Program Gotong Royong Dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di Kg.Minansalu Ranau yang melibatkan orang kampung di sekitar dan juga pemimpin di Daerah Ranau.

Program yang baik seperti ini seharusnya terus diamalkan kerana boleh merapatkan hubungan diantara rakyat dengan pemimpin-pemimpin di Daerah Ranau serta dapat mendekatkan hati kepada rakyat.

Thursday, October 8, 2009


YB Datuk Serahkan Sumbangan 1 Set Jersi Dan 2 Biji Bola Futsal Untuk Belia-belia DUN Kundasang...

RANAU- “ gunakalah dan jaga kemudahan ini dengan sebaik-baik nya..” demikianlan antara saranan YB Datuk Siringan Gubat Ahli Parlimen Ranau semasa merasmikan Gelangan Serbaguna Futsal bagi DUN Kundasang.

Datuk Siringan mengingatkan penduduk disekitar Dun ini agar berkerjasama memelihara dan menggunakan kemudahan sepenuhnya kerana gelanggan yang diperuntukan oleh Kementerian Belia Dan Sukan melalui Ahli Parlimen ini amat bernilai kerana hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang diberi kemudahan ini.

Beliau juga meminta agar belia dikawasan ini berusaha gigih serta menjadikannya sukan sebagai satu bidang kerjaya agar dapat menaikkan mutu sukan dan memartabatkan sukan di Negara ini.Jelas terbukti bahawa kerajaan masa kini telah banyak mengambil inisiatif memajukkan mutu sukan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana yang lebih baik dan juga memberi penghargaan kepada atlit-atlit yang berusah gigih sehingga bertaraf dunia.

Hadiah RM 1juta bagi atlit yang mendapat pingat emas di Sukan Sea baru-baru ini merupakan agenda jelas oleh kerajaan untuk memberi peransang kepada atlit-atlit di Negara ini agar lebih berusaha untuk terus maju dan menjadi ahli sukan yang terbaik setaraf dengan ahli sukan di Negara-negara lain dalam pantas arena pertandingan-pertandingan antarabangsa.

Datuk Siringan juga menyumbangkan 1 set jersi dan 2 biji bola futsal untuk digunakan oleh belia-belia di kawasan Dun Kundasang ini.En.Sahidin Suhaimin selaku pengerusi program ini mengucapkan terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen Ranau untuk merasmikan Perasmian Gelangang Futsal dan dalam masa yang sama Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri oleh pekedai-pekedai dan penjual sayur di pekan kundansang ini.

YB Datuk Siringan memuji perlaksanaan program yang menggabungkan usaha pekedai-pekedai dan penjual-penjual sayur di pekan kundasang ini untuk menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan pelancong luar yang terlibat dalam program homestay seperti pelancong dari Nepal,Taiwana ,Chaina dan pelancong-pelancong tempatan.Terbukti sekali Rakyat Malaysia dan penduduk Daerah Ranau Khususnya telah mengamalkan Konsep 1Malaysia sepertimana gagasan Perdana Menteri Malaysia.

Turut sama dalam program YBGH.Tengku Zainal Abidin Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia merangkap Pengerusi Sabah Tourism Board, En.Japirin Sahadi Setiausaha Politik Menteri pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, En.James Ingguru Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, En.Kohadie Watiman Exco Persatuan Homestay Malaysia serta pemimpin-pemimpin dikawasan Daerah ranau.