Sunday, November 23, 2008

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN-SIRINGAN

Ranau-Kg.Karanaan : Ahli Parlimen P.179 Ranau YB.Datuk Siringan Gubat mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk Ranau terutama di kawasan Peti Unti Sk.Keranaan kerana sokongan yang padu pada Pilihanraya Umum kali ke-12.

Beliau berkata bahawa sokongan padu oleh Rakyat Ranau kepada BN pada Pilihanraya lepas merupakan bukti bahawa rakyat Ranau masih mahukan BN menarajui kepimpinan Negara untuk terus melaksanakan program pembangunan terutama kepada penduduk luar bandar yang masih dahagakan pembangunan.

Ahli Parlimen Ranau menyatakan bahawa pembangunan infranstruktur terutama jalan raya merupakan agenda utama beliau sebagai wakil rakyat di kawasan ini kerana dengan adanya kemudahan jalanraya maka ini boleh membantu penduduk di sekitar kawasan ini untuk meningkatkan hasil-hasil pertanian yang menjadi produk utama peduduk di sekitar kampung ini.Produk tembakau,Kopi Tanah Tinggi,sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan merupakan hasil pertanian utama di sekitar kampung ini.

Turut sama dalam Majlis Pemimpin Bersama Rayat ini ialah YB.Datuk Hj.Masidi Manjun,Menteri Pelancongan,kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah juga ADUN N.30 Keranaan.Beliau juga Menegaskan kepada seluruh petani di kawasan ini agar mempertingkatkan usaha untuk menaikkan hasil pertanian.

Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu kuatir dan terpedaya dengan berita-berita angin dan dakyah dari parti pembangkang yang sentiasa mengembar-gemburkan suasana politik yang tidak sihat.Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN yang memerintah sekarang ini merupakan Kerajaan yang kukuh dan stabil.Kerjasama dari Parti-parti komponon BN pada masa kini mempunyi satu kerjasama yang padu dan sentiasa mengamalkan semangat setia kawan yang begitu erat dalam melaksanakan pentadbiran negara dan melaksanakan program pembangunan Negara.

Kedua-duan YB ini menjelaskan kepada penduduk di sekitar kampung ini,bahawa usaha-usaha pelaksanaan pembangunan terutama jalan raya utama mahupun jalan-jalan kecil di sekitar kampung ini telahpun diutarakan kepada JKR dan Kerajaan Perseketuan.Proses kelulusan dan perlaksanaannya akan terus dipantau dari setiap masa ke semasa.Kedua-dua YB ini juga mengharapkan para penduduk supaya bersabar dan terus memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan BN.