
RANAU- Ahli Parlimen Ranau meminta kepada Jabatan Pelajaran Malaysia untuk turun memantau pembangunan di sekolah-sekolah di sekitar Daerah Ranau kerana banyak sekolah yang telah usang dan memerlukan pembaikan segera.
Beliau berkata demikian ekoran dari lawatan beliau secara mengejut ke sekolah Sk.Kinapulidan Ranau yang mana salah satu bangunan usang di sekolah tersebut roboh menyambah bumi pada sabtu yang lepas.
Dalam lawatan tersebut, beliau sendiri melihat bangunan sekolah itu amat daif dengan bangunan lama dan harus memerlukan pembinaan bangunan yang baru.Beliau merasa kesal kerana pembelajaran murid-murid di sekolah tersebut tergendala akibat daripada masalah tersebut.
Beliau juga sedih dan terkilan kerana rancangan untuk membina Kelas Kabin di sekolah itu juga turut terbengkalai walaupun tempoh penyiapannya telahpun selesai.Beliau amat mengharapkan agar Jabatan Pelajaran Daerah turun memantau ke sekolah tersebut untuk membantu sekolah tersebut menyelasaikan masalah sekolah ini.
Ekoran dari kelewatan penyiaapan Kelas Kabin dan masalah keruntuhan bangunan ini, telah menyebabkan beberapa kelas telah di letakkan di kaki lima makmal sekolah itu dan semenangnya perkara ini tidak memberikan keselesaan kepada murid menerima ilmu daripada guru yang mengajar mereka.
Dalam lawatan singkat tersebut, beliau juga menghulurkan sedikit bantuan kepada pihak sekolah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah ini.
Syam Roger