Monday, May 11, 2009

“SMK RANAU MAMPU MENJADI SEKOLAH IMPIAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN ” SIRINGAN GUBAT


YB Datuk Siringan Merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa PIBG SMK Ranau Sesi 2009-2010 yang baru dipilih.( YB Datuk Siringan Gubat duduk empat dari Kanan)


Gambar YB Datuk Siringan Gubat (tiga dari kiri) semasa merasmikan Mesyuarat agung PIBG Sekolah SMK Ranau.Turut Kelihatan Pengetua SMK Ranau En.Yahadi Yasili (dua dari kanan)Pengetua SMK Ranau.


Menghiburkan…Pelajar-pelajar SMK Ranau menyambut kedatangan YB Datuk Siringan dengan memainkan Alat-alat Muzik Tradisional.

RANAU- Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat yakin dan percaya SMK Ranau dapat mencapai Visi Dan Misinya dalam tempoh yang terdekat.Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan mesyuarat agung PIBG sekolah itu bagi sesi 2009-2010 baru-baru ini.

“Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerna mufakat” demikianlah antara saranan beliau kepada ahli mesyuarat sekolah tersebut yang mana kerjasama dan perpaduan harus diutamakan oleh pihak sekolah,PIBG dan masyarakat sekitar untuk merealisasikan misi dan visi sekolah tersebut.

Beliau juga menyifatkan permufakatan ini merupakan roh keramat yang melengkapi kesempurnaan insan yang dicita-citakan.Anak-anak umpama berlian yang perlu digilap.Jika tidak ada perpaduan oleh semua pihak, tentu berlian itu malap dan tidak bercahaya.Sesuai dengan harapan dan aspirasi bangsa Malaysia melahirkan insan berdaya saing serta seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani maka fenomena yang berlaku sekarang merupakan cermin pada bangsa yang akan datang.

Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau juga menyentuh gagasan Perdana Menteri Malaysia “1malaysia,rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” yang mana seluruh warga pendidik, Ibubapa,pelajar dan masyarakat Daerah Ranau harus berusaha memajukan diri dan mementingkan soal pendidikan dan kemahiran agar warga Ranau pada masa akan datang dapat bersaing dalam pelbagai bidang dengan bangsa-bangsa lain pada masa akan datang.

Pesaingan akan terbuka luas, dan kita harus mempersiapkan diri kita dengan pendidikan yang baik dan mempunyi kemahiran yang bertaraf dunia.Sekiranya ini semua kita capai, tidak mustahil pada masa akan datang kita akan menjadi bangsa yang kuat dan maju serta menjadikan Malaysia Negara yang maju pada masa akan datang.Demikianlah antara seranan-seranan beliau dalam majlis tersebut.

Pengetu SMK Ranau En.Yahadi Yasili juga berkata beliau sangat gembira atas kehadiran YB Datuk Siringan Gubat, walaupun kesibukan beliau untuk menjalankan tugasnya selaku waki rakyat kawasan Parlimen Ranau.Beliau yakin YB Siringan Gubat sentiasa sedia mendengar apa juga masalah dan sedia untuk berkongsi bersama masalah dan keperluan yang dihadapi oleh warga pendidik,PIBG dan pelajar-pelajar di Daerah Ranau ini untuk terus memajukan taraf pendidikan di Daerah ini.

Dalam Mesyuarat PIBG sekolah tersebut sekali lagi En.Arimin Modi dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG bagi memimpin PIBG SMK Ranau untuk sesi 2009-2010.Pihak pentadbir sekolah dan ahli PIBG yakin dan percaya beliau akan terus cemerlang untuk memimpin peranan PIBG seperti yang ditunjukkan oleh beliau pada sesi yang lepas.Timbalan Yang Dipertua pula menampilkan muka baru iaitu En.Jamian Abd.Manan yang mana pihak pentadbir sekolah ini menyifatkan gandingan yang sangat baik kerana mereka mempunyi satu kombinasi yang mantap atas pengalaman mereka selaku pemimpin yang begitu luas dalam pelbagai aspek.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Ranau pada hari ini memperlihatkan harapan terbilang yang memberi manafaat kepada semua pihak.Peranan PIBG dalam memantapkan misi dan visi sekolah tidak dapat disangkal lagi dan telah diperakui oleh semua pihak.

No comments: