Thursday, May 28, 2009

“PERAYAAN KAAMATAN IDENTITI BANGSA KADAZAN DUSUN” – DATUK SIRINGAN GUBAT


RANAU – “… Pesta Kaamatan adalah pengenalan kepada Bangsa Kadazandusun, pesta ini harus di teruskan kerana banyak nilai-nilai budaya dan pengisian yang boleh memanafaat kan kepada genarasi yang akan datang.Pesta ini juga merupakan cara kita bersyukur kerana memperolehi hasil tuaian yang lebih baik.Melalui Pesta Kaamatan inilah juga kita dapat mendidik genarasi baru mengenali budaya, adat dan identity bangsa kaum kadazandusun….”.demikianlah amanat dan gesaan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat semasa merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lungkidau baru-baru ini.

Beliau memuji barisan kepimpinan Kg.lungkidau terutama pengerusi JKKK En.Kamilis Tahir dan Ketua Kampung En.Pound Guntidong kerana Berjaya mengadakan pesta kaamatan dan juga menganjurkan banyak pengisian seperti pertandingan rumah terbersih, pertandingan pondok budaya, pertandingan masakan makanan tradisional dan sukan rakyat.

Datuk Siringan juga menggesa kepada penduduk Kg.Lungkidau agar terus meningkatkan usaha memperbaiki sosio ekonomi dan memuji peserta pengusaha tanaman komuditi kelapa sawit seramai 21 orang kerana berusaha untuk menceburi tanaman komuditi ini.Penduduk harus membuka minda dan mata agar terus mengusahakan tanah kosong dan terbiar tidak kira untuk tanaman kelapa sawit mahupun getah.Kerana beliau yakin dan percaya bangsa kadazandusun ini boleh maju dan Berjaya sama seperti bangsa-bangsa lain.

Pengerusi JKK Kg.Lungkidau juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin rakyat terutama YB Datuk Siringan dan YB Datuk Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Adun N.31 Paginatan kerana amat perihatin dengan keperluan rakyat terutama penduduk Kg.Lungkidau, kerana walaupun Kampung ini di kawasan terpencil sekali tetapi telah menerima lebih RM 300 ribu ringgit untuk keperluan penduduk dan pengusaha kelapa sawit di kampung tersebut.


Datuk Siringan menegaskan agar rakyat sentiasa bersyukur dengan pembangunan dan pemimpin di peringkat kampung harus berusaha lebih gigih untuk merancang dan berjuang mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang lebih mengutamakan keperluan rakyat dan melaksanakan tanggugjawab dengan lebih baik.

Dalam Majlis tersebut, YB Datuk Siringan juga menyampaikan 60 buah kerusi untuk kegunaan penduduk Kg.lungkidau dan meninjau beberapa perkara yang dipohon oleh JKKK Kg.Lungkidau untuk disenaraikan kelulusan pada masa akan datang.Beliau berjanji akan terus mengusahakan permohonan dan keperluan seluruh penduduk Kg.lungkidau.

Syam Roger

No comments: