Saturday, May 2, 2009

SIRINGAN MENGESA SEKOLAH DI DAERAH RANAU AKTIF UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.







RANAU – Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat sangat tertarik dengan konsep dan Matlamat program PRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah Rendah) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mengesa kepada sekolah-sekolah di Daerah Ranau agar terus melipatgandakan usaha menganjurkan banyak program dibawah unit ini.

Demikianlah seranan dan amanat yang telah disampaikan oleh YB Datuk Siringan semasa beliau merasmikan Majlis Penanggguhan Kempen Pencegahan Dadah peringkat Sk.Don Bosco Bundu Tuhan ,Ranau.Beliau mengingatkan bahawa ibubapa dan guru-guru harus berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam aspek pendidikan untuk sentiasa cemerlang dan memastikan sosial pelajar sentiasa dipantau agar genarasi pelapis ini akan terus terjaga dan terjamin demi mewujudkan golongan pewaris kepimpinan pada masa akan datang.

YB Datuk Siringan sedar akan keperluan,kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh setiap guru mahupun pihak pentadbir sekolah kerana beliau juga pernah menjadi seorang pendidik sebelum menjadi wakil rakyat pada masa lalu.Namun beliau menegaskan bahawa kekurangan prasarana dan kedaifan sekolah-sekolah di daerah ini yang jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar bukan menjadi penghalang untuk melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik mahupun kegiatan kokurikulom semata-mata.

Sumber pada masa kini telah diakui bahawa Daerah Ranau merupakan antara Daerah yang banyak melahirkan golongan Garaduet dan menjawat jawatan yang penting di jabatan-jabatan kerajaan dan sawasta pada masa kini.Beliau bertekad akan terus berusaha untuk membawa agenda pembangunan untuk memastikan sekolah-sekolah di Daerah Ranau ini mendapat peruntukan untuk tujuan pembaikan bagi sekolah-sekolah yang uzur dan daif agar pelajar-pelajar dan guru-guru dapat menggunakannya dengan selesa dan lebih baik.

YB Datuk Siringan mengingatkan juga agar peperiksaan UPSR bagi sekolah rendah terus diberikan perhatian oleh guru-guru dan ibubapa kerana peperiksaan UPSR ini merupakan kayu pengukur dan penentu awal dalam menentukan kecemerlangan awal pelajar dalam pendidikan.Beliau memuji guru besar dan guru-guru sekolah Sk.Don Bosco ini, kerana sekolah ini merupakan antara sekolah yang melahirkan pelajar teramai mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2008, iaitu seramai 4 orang pelajar.

YB Datuk Siringan juga turut menyokong dan meminta kepada semua warga pendidik,Ibubapa,Pelajar dan masyarakat di sekolah ini agar menyokong usaha-usaha kerajaan seperti “Eart Hour” kerana program yang dianjurkan oleh kerajaan ini memberikan manafaat yang baik bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada alam semulajadi yang telah diciptakan oleh Tuhan kepada manusia.Pelajar dan masyarakat Sk.Don Bosco harus bersyukur kerana sekolah ini mempunyi pemandangan yang cantik dan udara yang nyaman kerana terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu, yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

YB Datuk Siringan tutut menyumbangkan sebuah Mesin pemotong rumput untuk kegunaan pihak sekolah membersihkan persekitaran sekolah ini dan juga meninjau bangunan di sekitar sekolah ini yang sudah uzur dan memerlukan pembaikan segera.Beliau akan membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar diberikan peruntukan yang sewajarnya.

No comments: