Thursday, May 14, 2009

YB. DATUK SIRINGAN DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN KEHORMAT PERTUBUHAN PELADANG (PPK) KAWASAN KINABALU.


Penyerahan Watikah Perlantikan Presiden Kehormat PPK Kinabalu, En.Lasiman Kumbas (tiga dari Kanan ) pengerusi PPK Kinabalu Menyerahkan watikah Perlantikan kepada YB datuk Siringan Gubat (5 dari kanan).Turut kelihatan pengurus besar PPK En.Sairin Hj.Dusin Pegurus Besar PPK Kawasan Kinabalu (6 Dari Kanan)


YB Datuk Siringan Gubat memberikan taklimat ringkas kepada Ahli Lembaga Pengarah PPK Kawasan Kinabalu.

RANAU- Ahli Parlimen Ranau menyambut baik perlantikannya sebagai Presiden Kehormat bagi Pertubuhan Peladang Kinabalu bagi tahun 2009-2012.Perlantikan beliau ini merupakan langkah yang terbaik diambil oleh PPK kerana pengalam beliau yang pernah memegang jawatan Tim.Menteri Pertanian Negeri Sabah, Sewaktu beliau menjadi wakil rakyat DUN Ranau beberapa tahun yang lepas.

Sewaktu kunjungan hormat Jemaah lembaga pengarah PPK Kawasan kinabalu untuk menyerahkan watikah perlantikan beliau sebagai Presiden Kehormat, YB Datuk Siringan sempat memberikan taklimat dan beberapa cadangan daripada beliau berhubung dengan potensi dan rancangan-rancangan beliau untuk memajukan bidang pertanian di daerah Ranau.

Beliau amat berminat untuk mewujudkan sub-sub pertanian di kawasan terpencil untuk membantu penduduk di kawasan tersebut meningkatkan pendapatan mereka.Beliau juga melihat perkara ini dari sudut faktor kesuburan tanah dan cuaca yang baik di kawasan terpencil seperti cuaca di kundasang dan sesuai untuk penanaman sayuran tanah tinggi secara organik.

Dalam taklimat beliau tersebut , beliau turut memikirkan untuk menggalakkan para petani di kawasan daerah Ranau untuk menceburi penanaman padi bukit secara moden.Beliau menyatakan langkah ini merupakan rancangan jangka masa panjang dan perlu penelitian dan kajian yang berterusan kerana penanaman padi bukit mempunyi potensi yang baik bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani-petani terutama di daerah Ranau.

Beliau juga mengesa PPK Kawasan Kinabalu agar mengambil peluang ini untuk turut sama memikirkan langkah-langkah yang lebih produktiviti untuk membangunkan sektor pertanian di daerah Ranau agar langkah ini boleh memberikan kebaikan kepada petani-petani terutama ahli PPK Kawasan Kinabalu.

Datuk Siringan juga berharap dengan perlantikan beliau sebagai Presiden Kehormat PPK Kawasan Kinabalu, Kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk memajukan sektor pertanian di daerah ini perlu diutamakan agar segala perancangan dapat di teruskan dan mencapai visi dan misi Pertubuhan Peladang Kinabalu.

Beliau juga sebagai sebagai Wakil Dewan Rakyat kawasan Kinabalu akan terus menggesa pihak Kementerian Pertanian dan pihak yang bertanggungjawab memajukan sektor pertanian agar terus memperbaiki sistem penyampaian maklumat agar bantuan dan maklumat untuk membantu petani kecil dan sederhana dapat disampaikan dan kebaikannya dapat dimanafaatkan oleh petani-petani kecil dan sederhana terutama di kawasan pedalaman Sabah.

Syam Roger

No comments: