Saturday, May 2, 2009

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENGARAH HOSPITAL RANAU KEPADA AHLI PARLIMEN RANAU.




RANAU- Pengarah Hospital Ranau yang baru Dr.Rameswaran Muttu telah membuat kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Ranau bagi membincangkan program-program kesihatan bersama yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat di Daerah Ranau.

YB Datuk Siringan Gubat amat bersetuju dengan langkah dan cadangan oleh Pengarah Hospital baru ini untuk merangka dan merancang program-program kesihatan di kawasan pedalaman dan jauh terpencil di Daerah Ranau ini.

Dr.Rameswarana Muttu juga menyuarakan dan berhasrat untuk menjadikan Hospital Daerah Ranau ini sebagai pusat perubatan yang lengkap setara dengan hospital Queen Elizabert di Kota Kinabalu.Ini kerana Daerah Ranau merupakan Daerah yang terletak di tengah-tengah di negeri Sabah ini dan akan memberi manafat kepada Daerah-Daerah Kecil yang berjiran dengan Daerah Ranau.

Cadangan dan rancangan Dr.Rameswaran ini amat dipersetujui oleh YB Datuk Siringan Gubat kerana faktor jalan raya yang merentasi bukit bukau banjaran gunung kinabalu dan jalan raya yang berliku-liku ini menyukarkan dan mengambil masa lebih dari 2 jam perjalanan untuk sampai ke Queen Elezebert dalam kes-kes kecemasan.
Oleh yang demikian YB Datuk Siringan menegaskan bahawa sudah wajarlah Hospital Daerah Ranau mempunyi kemudahan perubatan yang lengkap seperti yang ada di Hospital Queen Elezebert dan memperolehi doktor-doktor pakar yang diperlukan dalam kes-kes tertentu.

Dalam perbincangan tersebut YB Datuk Siringan akan berkerja keras untuk membantu pihak hospital Daerah untuk mendapatkan sebuah bangunan pentadbiran yang lebih baik dan mencukupi keperluan sebuah hospital berpusat bernilai RM50 Juta.Beliau akan membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diketengahkan dan berharap agar perkara ini dapat diluluskan dan dapat dilaksanakan nanti.

No comments: