Thursday, May 28, 2009

SUGANDOI ADALAH TRADISI WARISAN GENARASI- SIRINGAN GUBAT.


RANAU – Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan mengilhamkan slogan “ Sugandai -Tradisi Warisan Genarasi ” semasa merasmikan pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Ranau.Beliau menyifatkan Sugandoi merupakan pengisian yang harus diteruskan dalam setiap kali menyambut pesta kaamatan dan harus di teruskan oleh genarasi pada masa akan datang.


Beliau juga menggesa kepada masyarakat Kadazandusun agar tidak mengangap sugandoi ini untuk pertandingan semata-mata, tetapi merupakan cara kita untuk mempromosikan bahasa kita dan juga budaya kita kepada masyarakat luar.Masyarakat Kadazandusun juga harus menghayati lirik dan maksud bahasa ini kerana nilai budaya dan identiti bahasa dalam lagu-lagu bahasa dusun terkandung element-element budaya yang harus kita pertahankan sepanjang zaman.

Beliau juga menyifatkan pertandingan sugandoi ini boleh menjadi kerjaya yang menguntungkan sekiranya seseorang itu minat dan berusaha untuk terus maju dan dapat menghayati budaya bahasa kadazandusun serta mengamalkannya.
“Kita tidak hairan kalau kita dengar lagu-lagu Kadazandusun di luar Negara seperti Negara Taiwan dan Negara-Negara jiran pada masa kini, kerana perayaan Kaamatan telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Pesta Tahunan rasmi bagi masyarakat Kadazandusun”.Pesta ini bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong dalam Negara tetapi juga telah Berjaya menarik ramai pelancong dari serata dunia.

Peserta sugandai juga harus memanafaatkan acara tahunan ini sebagai langkah pertama untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian kerana pertandingan sugandaoi telah banyak melahirkan penyanyi-penyanyi terkenal di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.


Dalam pertandingan akhir sugandai tersebut, 2 Ketagori telah dipertandingkan iaitu ketegori kanak-kanak bawah 12 tahun yang mana Johan telah disandang oleh Joyce Rufiona Juanis, Naib Johan Velerice Paimin dan tempat ketiga Ordellamay Denis.Bagi Ketegori Dewasa pula Johan disandang oleh Cik.Zeanderia Justine, Naib Johan En.Habil Nanuil dan tempat ketiga En.Eddrine Jutin.

Datuk Siringan mengucapkan tahniah kepada pengerusi Induk Kaamatan Tuan Pegawai Daerah Ranau En.Siriman MF Basir dan Pengerusi Sugandoi Kaamatan En.Benedict Bungkilan kerana berjaya menganjurkan pertandingan Sugandoi Kaamatan dengan begitu berjaya dan berjalan dengan begitu baik sekali.

Syam Roger

No comments: