Saturday, May 2, 2009

YB DATUK SIRINGAN DAN SKUAD KESIHATAN HOSPITAL RANAU MENGADAKAN PROGRAM KESIHATAN DI KAWASAN TERPENCIL DI DAERAH RANAU.


RANAU- Pejabat Perhubungan Parlimen P.179 Ranau, sentiasa menjalin kerjasama dengan mana-mana Jabatan Kerajaan Di Daerah Ranau dalam usaha untuk membantu rakyat bukan sahaja dari segi pembangunan sosial dan fizikal, tetapi juga dari segi bantuan perkhidmatan kemanusiaan terutama dalam soal kesihatan rakyat.


Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Siringan Gubat bersama Skuad Kesihatan Hospital Daerah Ranau yang dipimpin oleh Dr.Rameswaren, telah bersepakat mengadakan program pemeriksaan kesihatan di kampung-kampung terpencil sekali di Daerah Ranau.
Program “ Doktor Udara” merupakan antara topic utama susulan daripada kunjungan hormat rombongan Hospital Daerah Ranau yang diketuai oleh Dr.Rameswaren yang mana telah membincangkan banyak program-program kesihatan dan plan-plan pembangunan bagi Hospital Daerah Ranau yang lalu.


Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat berkata bahawa kawasan terpencil dan faktor kesukaran jalan yang sukar bukanlah penghalang untuk mengadakan program kesihatan yang akan dilaksanakan kerana beliau selaku wakli rakyat, mempunyi peruntukan untuk menggunakan perkhidmatan Sabar Air (Helicopter) untuk tujuan membantu dan menyelasaikan masalah rakyat di kawasan beliau ini.


Seramai 12 orang daripada Skuad kesihatan Hospital Daerah Ranau dan 6 orang daripada Pejabat Perhubungan Parlimen Ranau telah memilih Kg.Tiang Lama sebagai sasaran pertama untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan dan rombongan ini bertolak seawal jam 8.00 pagi melalui jalan udara untuk meneruskan misi kesihatan tersebut.
Kg.Tiang Lama sejauh 58Km, merupakan antara kampung yang jauh terpencil dan mengalami jalan-jalan perhubungan yang teruk serta faktor inilah yang menyebabkan penduduk di sekitar kampung tersebut sukar untuk datang menerima perkhidmatan kesihatan di Hospital Daerah Ranau.


Melalui program kesihatan yang telah diadakan ini, seramai 150 penduduk yang terdiri daripada pelajar sekolah,orang dewasa dan juga warga emas telah menerima rawatan dan dibekalkan ubat-ubatan hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan.Skuad Kesihatan Hospital dan rombongan Ahli Parlimen sangat berterima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah atas kebenaran untuk menggunakan bangunan sekolah sebagai pusat operasi kesihatan dan kerjasama yang begitu baik sekali juga diberikan oleh pihak pentadbir sekolah itu sepanjang program ini dijalankan.


Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat turun padang, bukan sahaja untuk tujuan pemeriksaan kesihatan semata-mata, tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra sambil mendengar dan mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung tersebut.Setiausaha akhbar Ahli Parlimen,En. Mohd.Hisyamuddin Harun ketika dihubungi berkata bahawa “program ini lebih merupakan serampang dua mata,dan beliau mengatakan bahawa Ahli Parlimen Ranau menepati aspirasi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat atas usah-usaha sebegini..” ujur beliau.
Dalam program ini YB Datuk Siringan mencadangkan agar satu sub-pertanian diwujudkan di kawasan tersebut kerana Kg.Tiang Lama mempunyi tanah yang sangat subur dan cuaca yang amat baik sekali untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah tinggi.Beliau merasakan sekiranya projek ini dapat dijalankan maka sosioekonomi penduduk di kawasan kampung dapat dipertingkatkan.

YB Datuk Siringan akan berusaha membawa perkara ini kepada Jabatan Pertanian Daerah Ranau untuk dibincangkan dan seterusnya dilaksanakan seberapa cepat yang mungkin. “..Jika sekiranya projek ini boleh membantu rakyat, mungkin kita akan fikirkan program ini kepada kampung-kampung lain yang berpotensi di mana saja..” tegas beliau.
“ Tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Skuad kesihatan Hospital Daerah Ranau sepanjang program ini dijalankan” kata YB Datuk Siringan Gubat kepada Dr.Rameswaran setelah selasai Skuad itu memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kampung tersebut.

Ahli Parlimen itu juga berkata, program ini bukanlah kali pertama dan terakhir yang akan dilaksanakan.Beliau berjanji bahawa beliau dan Skuad Kesihatan Hospitan Daerah Ranau akan merancang lebih banyak lagi program seumpama ini untuk memberikan perkhidmatan terutama kepada kampung-kampung yang jauh terpencil di kawasan Daerah Ranau.


“Datuk…bila lagi program ini diadakan di kampung ini…?..” demikianlah pertanyaan penduduk Kg.Tiang Lama kepada YB Datuk Siringan Gubat kerana penduduk kampung tersebut sangat gembira dan berterima kasih atas program yang dijalankan di kampung mereka.

Skuad Hospital Daerah Ranau yang diketuai oleh Dr.Rameswaran juga sangat berpuas hati dengan kerjasama bukan sahaja daripada rombogan Ahli Parlimen tetapi kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk kampung di sepanjang pemeriksaan kesihatan ini dijalankan.

RENCANA OLEH SYAM ROGER

No comments: