Thursday, October 8, 2009
KEPERLUAN RAKYAT DIDAHULUKAN BAGI YANG BENAR-BENAR MEMERLUKAN…
RANAU – “ Rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan kerajaan haruslah diutamakan bagi menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang perlu dibantu…” begitulah tekad dan peranan yang dilakukan oleh YB Datuk Siringan Gubat dalam lawatan ringkas semasa menyerahkan kunci rumah kepada En.Nasun Mandadi yang terlibat dalam kebakaran rumah di Kg.Kibas baru-baru ini.
Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Kibas yang bersama-sama dalam program penyerahan kunci rumah tersebut menyambut baik bantuan Ahli Parlimen Ranau ini kerana keperihatinanya membatu mangsa kebakaran rumah tersebut mendirikan rumah baru bernilai RM 20,000.00 tersebut.
En.Nasun Mandadi yang merupakan mangsa kebakaran sangat bersyukur dan berterima kasih atas kerjasama orang kampung dan pemimpin-pemimpin BN di kawasan Daerah Ranau yang telah banyak membantu dari segi bantuan tenaga, pakaian,makanan dan sebagainya semasa berlaku kebakaran tersebut.
Pemimin-pemimpin kompenan BN di sekitar Daerah Ranau juga memuji sikap dan tindakan Ahli Parlimen Ranau kerana keperihatinan beliau dan keazaman beliau dalam membantu menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan.
Syam Roger
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment