Wednesday, July 22, 2009

HORMATI PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA – DATUK SIRINGAN GUBAT


En.Imran Kamal Bin Ahmad Nadzin Wakil Pengarah menyampaikan Cenderahati kepada YB Datuk Siringan Gubat.

RANAU – “ Kepentingan dan tanggungjawab terhadap keluarga janganlah diabaikan apalagi melakukan keganasan, kerana keamanan dan kerhormanian yang dinikmati adalah lahir dari keluhuran setiap jiwa individu yang sentiasa memahami hak-hak dan tanggungjawab sebagai salah seorang dari anggota masyarakat”.Demikianlah antara saranan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat semasa merasmikan penutupan Seminar Menangani Keganasan Wanita di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.

Tambahan beliau, peraturan dan undang-undang dalam kehidupan manusia merupakan teras kesejahteraan kehidupan harian,manusia tidak mungkin dapat hidup aman dan damai sekiranya tidak ada satu peraturan yang boleh mendidik akal budi seseorang .Masyarakat Malaysia khususnya berbanga kerana kerajaan sekarang mengiktiraf kedaulatan undang-undang serta kuasa-kuasa perundangan dan sistem kahakiman yang dilaksanakan dengan adil dan seksama.

Beliau juga menyokong bahawa peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan Negara amat besar sekali pada masa kini.Beliau menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat agar mengiktiraf peranan wanita sebagai satu elemen yang penting kerana mempunyai keupayaan dan kebolehan sama sepeti lelaki untuk menyumbang kearah pembangunan sosial dan ekonomi Negara.

Datuk Sirngan juga sangat menyokong program seumpama ini dianjurkan dan diteruskan kerana program seumpama ini dapat memberi peluang dan ruang kepada masyarakat agar dapat mempelajari dan mengatahui hak-hak dan saluran yang betul dalam usaha-usaha untuk menangani kes-kes keganasan terhadap kaum wanita.

Beliau berharap dengan penganjuran seminar ini, akan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu-isu keganasan serta memberi pengetahuan dan input berkaitan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang atau akta-akta keganasan terhadap wanita.

Terdahulu, wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, En.Imran Kamal Bin Ahmad Nadzin dalam ucapannya memuji kehadiran peserta di Daerah Ranau yang menjangkau 410 orang peserta dan melebih dari sasaran kehadiran berbanding dengan daerah-daerah lain sebelum ini.Tambahan lagi kehadiran peserta dari kaum lelaki melebihi separuh daripada kehadiran kaum wanita.beliau turut memuji jawatankuasa pelaksana kerana telah berjaya menjayakan seminar ini.

Dalam majlis itu juga kehadiran wakil-wakil dari jabatan kerajaan dan perseketuan di Daerah Ranau menunjukkan bahawa Seminar seumpama ini begitu amat penting sekali untuk mengatahui peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan damai serta menjerus kepada kemakmuran Negara Malaysia yang tercinta.

Syam Roger

No comments: