Tuesday, February 3, 2009

KG.PAUS BERSYUKUR DENGAN AGENDA PEMBANGUNAN KERAJAAN BN.


Yb Datuk Siringan Disambut oleh penduduk kampung dengan gembira.


YB datuk Siringan Dan En.japirin melawat titian pokok pinang hasil kerjasama penduduk kampung dengan pihak sekolah untuk kegunaan murid –murid dan guru-guru Sk.Paus.

RANAU 31hb Jan 2009 – Penduduk Kg.Paus sejauh 62km dari Pekan Ranau merupakan salah satu kampung terpencil di Daerah Ranau dan terletak dalam kawasan Dun Paginatan, amat bersyukur dengan pembangunan yang telah di bawa oleh kerjaaan BN pada masa kini.Kampung yang dahulunya begitu ketinggalan dengan arus pembangunan kini mengecapi nikmat pembangunan dari setiap masa ke semasa berikutan dasar kerajaan BN yang amat perihatin dan memenuhi aspirasi keperluan rakyat.

Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat menegaskan agar penduduk kampung terus berusaha dalam memajukan anak-anak mereka dalam bidang pendidikan kerana hanya dengan ilmu pendidikan yang baik mampu untuk membawa seseornag itu kearah kehidupan yang lebih baik dan dapat membantu keluarga untuk mengecapi kehidupan yang sempurna dan selesa.

Beliau juga menyeru kepada penduduk kampung tersebut yang kebanyakannya merupakan golongan petani supaya meneruskan usaha untuk membuka tanah-tanah mereka yang masih belum diterokai dan tidak hanya menunggu sepenuhnya bantuan terus dari kerajaan semata-mata.Deangan langkah demikian usaha akan turut seiring dengan pembangunan daripada kerajaan masa kini kata beliau.

Beliau yang pernah menjadi ADUN selama 4 penggal di kawasan tersebut turut sama meniti pembangunan yang berlaku di Kg.Paus dan sekitar DUN Paginatan ini,menegaskan bahawa Kg.Paus kini jauh lebih sempurna dan telah banyak perubahan yang telah berlaku dari tahun ke tahun hasil dari bantuan yang telah disalurkan melalui jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian oleh kerajaan BN.Beliau menyeru kepada rakyat di sekitar kampung ini agar mensyukuri agenda pembangunan ini dan teruskan sokongan padu kepada kerajaan BN.

Dalam program pemimpin bersama rakyat ini beliau dan setiausaha politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, En.japirin Sahadi turut melawat titian pokok pinang yang telah dibina oleh penduduk kampung tersebut untuk kegunaan anak-anak mereka menyeberangi sungai ke sekolah.En.Japirin Sahadi berkata pada majlis tersebut, agar tidak mengharapkan bantuan sepenuhnya dari peruntukan wakil rakyat semata-mata tetapi menyeru kepada pemimpin di kampung tersebut agar berjumpa dengan ketua-ketua jabatan kerajaan di Daerah Ranau kerana banyak peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan melaui jabatan-jabat mahupun agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu rakyat di kampung ini.

Kedua-dua pemimpin ini turut meminta petani-petani di kawasan ini agar terus bersabar dengan kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah akibat dari krisis kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh dunia masa kini.Mereka menegaskan bahawa kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah terbaik untuk membantu golongan petani untuk terus menghadapi kesan kemelesetan ekonomi ini melalui insentif-insentif dan menegaskan bahawa krisis kejatuhana harga komoditi ini akan pulih dalam jangka masa terdekat ini.

Syam Roger

No comments: