Tuesday, February 3, 2009

ISU GERAN TANAH TANAH- JANGAN ULANGI KESILAPAN DAN MENGUSAHAKAN TANAH SENDIRI ADALAH LANGKAH TERBAIK-SIRINGAN GUBAT


YB Datuk Siringan Gubat merasmikan Bagunan Tandas awan pusat penempatan banjir di Kg.Meringkan Ranau.Turut kelihatan En.Japirin Sahadi (dua dari kanan) Setiausaha Politik Menteri Perindustrian negeri Sabah.


YB Datuk Siringan Gubat menyerahkan sumbangan sebuah Chainsor kepeda pengerusi JKKK En.Anjimin Sanang.Dari kanan En.Jeffrin majangki PKR Dun.Paginatan,En.Japirin Sahadi Setiausaha Politik Menteri pembangunan Perindustrian Negeri Sabah,En.James Ingguru Ketua Pegawai Perhubungan parlimen Ranau,Turut kelihatan Ketua Kg.Meringkan KK Bukilin Butou satu dari kiri.

Ranau 31 Jan 09- “ Jangan ulangi kesilapan dengan menjual atau membenarkan orang tengah untuk menguruskan pembukaan tanah ataupun kepada syarikat-syarikat yang tidak cukup latarbelakangnya”.Demikianlah saranan dan nasihat oleh Yb Datuk Siringan Gubat selaku wakil rakyat Parlimen Ranau kepada orang kampung yang kebanyakannya berkerja sepenuh masa sebagai petani di kampung Meringkan dalam lawatan beliau yang lepas.

Beliau juga amat kesal dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh orang kampung mengenai status penyukatan dan pengeluaran geran tanah mereka yang lewat dan belum selasai akan mengkaji dan seterusnya mencari jalan penyelasaian berhubung dengan perkara tersebut.

Beliau juga memberi amanat kepada pucuk kepimpinan kampung terutama Pengerusi JKKK dan Ketua kampung agar sentiasa menasihati penduduk kampung yang suka menjual tanah kepada orang luar terutama kepada bangsa asing kerana ini akan merugikan golongan genarasi seterusnya, yang mana beliau sifatkan akan menjadi pelarian di Negara sendiri apabila bangsa asing memonopoli dalam pemilikan geran tanah.

Belia menekankan perkara ini kerana ramai orang kampung pada masa kini bukan sahaja berlaku di Daerah Ranau tetapi juga di daerah-daerah lain di negeri sabah ini yang merupakan kaum bumiputera yang suka memilih jalan tengah untuk mendapatkan kauntungan dengan cepat hasil dari penjualan tanah dan tidak berusaha untuk memajukan tanah mereka itu sendiri.

Beliau juga berkata kerajaan telah banyak menyalurkan bantuan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan petani yang memerlukan bantuan nasihat dan maklumant-maklumat yang diperlukan terus berusaha untuk berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang sedia ada di daerah ini.

Setiausah Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah En.Japirin Sahadi yang mewakili YB Datuk Dr.Ewon Ebin juga memberi penjelasan kepada petani-petani yang mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah di kawasan tersebut agar bersabar dan terus berusaha untuk memajukan bidang pertanian kerana Kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menstabilkan harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang mengalami kejatuhan harga.

Dalam majlis ini juga YB Datuk Siringan turut merasmikan tandas awam salah satu pusat pemindahan banjir bagi Dun Paginatan.Beliau menasihati orang awam supaya berkerjasama dalam menjaga harta-harta kerajaan yang bertujuan untuk memberikan faedah kepada penduduk kampung di sekitar Dun tersebut.beliau menegaskan bahawa kerajaan pada masa kini amat perihatin dan mempunyi perancangan yang baik untuk keselesaan rakyat terutama bagi kaum bumiputera di Negeri Sabah ini.

Belia juga turut meninjau keperluan penduduk di kampung itu seperti jalan raya rumah ke rumah dan menyumbangkan sebuah chainsor bagi tujuan kegunaan seluruh penduduk di kampung tersebut.

Syam Roger

No comments: