Monday, July 6, 2009

AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT-SIRINGAN GUBAT





RANAU - Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat menggesa penduduk pedalaman agar sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat terutama dalam soal kebersihan untuk menghindari pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan menusia.Asas untuk menjamin kesihatan yang baik dan berterusan adalah bermula dari asas kehidupan yang sentiasa mengamalkan cara hidup yang bersih dan teratur.

Demikianlah antara saranan dan nasihat Datuk siringan kepada seluruh penduduk pedalaman dalam satu program Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Mukodou Ranau yang lepas.Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau menegaskan bahawa wabak influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia dan Negara kita masa kini merupakan masalah series yang perlu ditangani dengan mengamalkan asas penjagaan kesihatan yang teratur dan berhemah.

Dalam majlis itu juga, Datuk siringan menasihati seluruh penduduk pedalaman agar sentiasa mempertingkatkan usaha untuk memajukan keluarga terutama soal meningkatkan taraf ekonomi keluarga .Beliau juga menegaskan agar soal perbezaan fahaman politik harus ditolak tepi dalam memperkukuhkan perpaduan dalam sesebuah kampung.Beliau merayu agar pemimpin-pemimpin diperingkat kampung harus berkerjasama dalam usaha-usaha untuk memajukan kampung.

Beliau juga menyeru kepada seluruh penduduk kampung agar terus bersyukur dengan pembangunan yang telah diberikan oleh kerajaan BN masa kini yang mana menyalurkan pembangunan yang begitu banyak tanpa mengira perbezaan fahaman politik kerana kerajaan yang ada sekarang ini merupakan kerajaan yang amat telus dan benar-benar memahami aspirasi keperluan rakyat yang mahukan pembangunan yang pesat dan berterusan.

Turut berucap dalam program pemimpin bersama rakyat tersebut ialah En.Ubidi Gompoyoi selaku Pemimpin Kemajuan Rakyat N.29 Kundasang yang mewakili YB Dr.Jouchim Gunsalam menegaskan kepada penduduk di kawasan itu agar sentiasa mengekalkan kerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik kepada pemimpin di peringkat kampung terutama Pengerusi JKKK dan ketua kampung kerana pemimpin inilah yang akan membawa apa juga masalah dan permohonan keperluan bagi seluruh penduduk di kampung tersebut kepada pihak kerajaan dan wakil-wakil rakyat di kawasan tersebut.

Dalam majlis tersebut YB Datuk Siringan menyampaikan sumbangan sebuah chain saw untuk kegunaan penduduk Kg.Mukodou dan juga mengumumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk kampung itu, iaitu pembinaan sebuah jambatan yang berharga RM 60,000.00 yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Pemimpin yang turut hadir dalam program pemimpin bersama rakyat tersebut iaitu En.James Ingguru ketua pegawai perhubungan parlimen,Jhon baranting pegawai perhubungan parlimen dan Sepikin Bendiwai pemaju mukim ulu sugut merangkap pengerusi JKKK kg.Mukodou,Ranau.

Syam Roger

2 comments:

RantauAnakDesa said...

Tahniah...
First time masuk Blog YB Ahli Parlimen Ranau.
Suatu usaha yang baik. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengetahui aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh YB Datuk.

Pejabat Perhubungan Parlimen said...

Terima kasih kerana mengunjungi blog Parlimen Ranau,ada apa-2 cadangan atau pendangan untuk mempertingkatkan image Daerah Ranau.