Thursday, May 28, 2009

“PERAYAAN KAAMATAN IDENTITI BANGSA KADAZAN DUSUN” – DATUK SIRINGAN GUBAT


RANAU – “… Pesta Kaamatan adalah pengenalan kepada Bangsa Kadazandusun, pesta ini harus di teruskan kerana banyak nilai-nilai budaya dan pengisian yang boleh memanafaat kan kepada genarasi yang akan datang.Pesta ini juga merupakan cara kita bersyukur kerana memperolehi hasil tuaian yang lebih baik.Melalui Pesta Kaamatan inilah juga kita dapat mendidik genarasi baru mengenali budaya, adat dan identity bangsa kaum kadazandusun….”.demikianlah amanat dan gesaan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat semasa merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lungkidau baru-baru ini.

Beliau memuji barisan kepimpinan Kg.lungkidau terutama pengerusi JKKK En.Kamilis Tahir dan Ketua Kampung En.Pound Guntidong kerana Berjaya mengadakan pesta kaamatan dan juga menganjurkan banyak pengisian seperti pertandingan rumah terbersih, pertandingan pondok budaya, pertandingan masakan makanan tradisional dan sukan rakyat.

Datuk Siringan juga menggesa kepada penduduk Kg.Lungkidau agar terus meningkatkan usaha memperbaiki sosio ekonomi dan memuji peserta pengusaha tanaman komuditi kelapa sawit seramai 21 orang kerana berusaha untuk menceburi tanaman komuditi ini.Penduduk harus membuka minda dan mata agar terus mengusahakan tanah kosong dan terbiar tidak kira untuk tanaman kelapa sawit mahupun getah.Kerana beliau yakin dan percaya bangsa kadazandusun ini boleh maju dan Berjaya sama seperti bangsa-bangsa lain.

Pengerusi JKK Kg.Lungkidau juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin rakyat terutama YB Datuk Siringan dan YB Datuk Ewon Ebin Menteri Pembangunan Luar Bandar merangkap Adun N.31 Paginatan kerana amat perihatin dengan keperluan rakyat terutama penduduk Kg.Lungkidau, kerana walaupun Kampung ini di kawasan terpencil sekali tetapi telah menerima lebih RM 300 ribu ringgit untuk keperluan penduduk dan pengusaha kelapa sawit di kampung tersebut.


Datuk Siringan menegaskan agar rakyat sentiasa bersyukur dengan pembangunan dan pemimpin di peringkat kampung harus berusaha lebih gigih untuk merancang dan berjuang mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang lebih mengutamakan keperluan rakyat dan melaksanakan tanggugjawab dengan lebih baik.

Dalam Majlis tersebut, YB Datuk Siringan juga menyampaikan 60 buah kerusi untuk kegunaan penduduk Kg.lungkidau dan meninjau beberapa perkara yang dipohon oleh JKKK Kg.Lungkidau untuk disenaraikan kelulusan pada masa akan datang.Beliau berjanji akan terus mengusahakan permohonan dan keperluan seluruh penduduk Kg.lungkidau.

Syam Roger

SUGANDOI ADALAH TRADISI WARISAN GENARASI- SIRINGAN GUBAT.


RANAU – Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan mengilhamkan slogan “ Sugandai -Tradisi Warisan Genarasi ” semasa merasmikan pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Ranau.Beliau menyifatkan Sugandoi merupakan pengisian yang harus diteruskan dalam setiap kali menyambut pesta kaamatan dan harus di teruskan oleh genarasi pada masa akan datang.


Beliau juga menggesa kepada masyarakat Kadazandusun agar tidak mengangap sugandoi ini untuk pertandingan semata-mata, tetapi merupakan cara kita untuk mempromosikan bahasa kita dan juga budaya kita kepada masyarakat luar.Masyarakat Kadazandusun juga harus menghayati lirik dan maksud bahasa ini kerana nilai budaya dan identiti bahasa dalam lagu-lagu bahasa dusun terkandung element-element budaya yang harus kita pertahankan sepanjang zaman.

Beliau juga menyifatkan pertandingan sugandoi ini boleh menjadi kerjaya yang menguntungkan sekiranya seseorang itu minat dan berusaha untuk terus maju dan dapat menghayati budaya bahasa kadazandusun serta mengamalkannya.
“Kita tidak hairan kalau kita dengar lagu-lagu Kadazandusun di luar Negara seperti Negara Taiwan dan Negara-Negara jiran pada masa kini, kerana perayaan Kaamatan telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Pesta Tahunan rasmi bagi masyarakat Kadazandusun”.Pesta ini bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong dalam Negara tetapi juga telah Berjaya menarik ramai pelancong dari serata dunia.

Peserta sugandai juga harus memanafaatkan acara tahunan ini sebagai langkah pertama untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian kerana pertandingan sugandaoi telah banyak melahirkan penyanyi-penyanyi terkenal di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.


Dalam pertandingan akhir sugandai tersebut, 2 Ketagori telah dipertandingkan iaitu ketegori kanak-kanak bawah 12 tahun yang mana Johan telah disandang oleh Joyce Rufiona Juanis, Naib Johan Velerice Paimin dan tempat ketiga Ordellamay Denis.Bagi Ketegori Dewasa pula Johan disandang oleh Cik.Zeanderia Justine, Naib Johan En.Habil Nanuil dan tempat ketiga En.Eddrine Jutin.

Datuk Siringan mengucapkan tahniah kepada pengerusi Induk Kaamatan Tuan Pegawai Daerah Ranau En.Siriman MF Basir dan Pengerusi Sugandoi Kaamatan En.Benedict Bungkilan kerana berjaya menganjurkan pertandingan Sugandoi Kaamatan dengan begitu berjaya dan berjalan dengan begitu baik sekali.

Syam Roger

“ KERAJAAN BN PERIHATIN DENGAN KEPERLUAN RAKYAT ”– SIRNGAN GUBAT


Datuk Siringan Merasmikan Jambatan Gantung Baru Kg.Bunakon

RANAU- “ Kerajaan BN Nasional amat perihatin dan tahu keperluan rakyat, tidak kira dari segi pembangunan infranstruktur mahupun soal kebajikan rakyat ”.Demikianlah gesaan Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat semasa merasmikan Jambatan Gantung sepanjang 80 Meter yang merentasi sungai liwagu dan bekalan paip air graviti di Kg.Bunakon,Ranau.

Beliau juga menggesa kepada rakyat terutama penduduk Kg.Bunakon supaya berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana terus memberikan projek pembangunan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang masih lagi tidak menentu.Perkara ini jelas menunjukkan kerajaan yang ada sekarang stabil dan memenuhi inspirasi keperluan rakyat.

Kerajaan BN nasional juga tidak lupa memberikan bantuan kebajikan kepada seluruh lapisan rakyat yang memerlukan bukan sahaja meliputi golongan warga emas, OKU, Ibu tunggal,rumah usang serta banyak lagi dan melibatkan wang jutaan ringgit bagi menjamin kesejetrahan rakyat agar terus mengacapi arus pembangunan.

Datuk Siringan juga menggesa kepada seluruh penduduk Kg.Bunakon agar terus berusaha meningkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka agar tidak terabai dan juga mendapat kemahiran yang lebih baik agar genarasi yang akan datang akan dapat bersaing dengan bangsa lain dan dapat menjadi pemimpin yang baik.


Kerajaan mempunyi perancangan yang baik untuk memenuhi keperluan rakyat, rakyat harus bersabar dan tidak lupa menumpukan usaha meningkatkan sosio ekonomi keluarga.Kerajaan telahpun merancang dan Kg.Bunakon juga tersenarai dalam kelompok untuk mendapat bekalan letrik daripada SESB.Cuma rakyat perlu sabar dan terus menyokong kerajaan BN yang ada sekarang ini.

Datuk Siringan juga menggesa kepada golongan petani agar menumpukan 2 sektor utama pertanian iaitu komoditi tanaman getah dan kelapa sawit.Beliau menggesa kepada petani agar tidak lupa untuk terus mengusahakan tanah yang terbiar disamping berjuang untuk mendapatkan pembangunana daripada kerajaan.Beliau yakin dan percaya kerajaan amat mengabil berat soal kenaikan harga komoditi getah dan kelapa sawit ini.
YB Datuk siringan Gubat juga menegaskan bahawa slogan PM “1Malaysia,rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” akan terus membawa kebaikan kepada seluruh lapisan masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman kerana projek yang telah dirancang telah pun dilaksanakan melebihi 50 peratus akan akan terus dilaksanakan peringkat demi peringkat.


Syam Roger

Thursday, May 14, 2009

YB. DATUK SIRINGAN DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN KEHORMAT PERTUBUHAN PELADANG (PPK) KAWASAN KINABALU.


Penyerahan Watikah Perlantikan Presiden Kehormat PPK Kinabalu, En.Lasiman Kumbas (tiga dari Kanan ) pengerusi PPK Kinabalu Menyerahkan watikah Perlantikan kepada YB datuk Siringan Gubat (5 dari kanan).Turut kelihatan pengurus besar PPK En.Sairin Hj.Dusin Pegurus Besar PPK Kawasan Kinabalu (6 Dari Kanan)


YB Datuk Siringan Gubat memberikan taklimat ringkas kepada Ahli Lembaga Pengarah PPK Kawasan Kinabalu.

RANAU- Ahli Parlimen Ranau menyambut baik perlantikannya sebagai Presiden Kehormat bagi Pertubuhan Peladang Kinabalu bagi tahun 2009-2012.Perlantikan beliau ini merupakan langkah yang terbaik diambil oleh PPK kerana pengalam beliau yang pernah memegang jawatan Tim.Menteri Pertanian Negeri Sabah, Sewaktu beliau menjadi wakil rakyat DUN Ranau beberapa tahun yang lepas.

Sewaktu kunjungan hormat Jemaah lembaga pengarah PPK Kawasan kinabalu untuk menyerahkan watikah perlantikan beliau sebagai Presiden Kehormat, YB Datuk Siringan sempat memberikan taklimat dan beberapa cadangan daripada beliau berhubung dengan potensi dan rancangan-rancangan beliau untuk memajukan bidang pertanian di daerah Ranau.

Beliau amat berminat untuk mewujudkan sub-sub pertanian di kawasan terpencil untuk membantu penduduk di kawasan tersebut meningkatkan pendapatan mereka.Beliau juga melihat perkara ini dari sudut faktor kesuburan tanah dan cuaca yang baik di kawasan terpencil seperti cuaca di kundasang dan sesuai untuk penanaman sayuran tanah tinggi secara organik.

Dalam taklimat beliau tersebut , beliau turut memikirkan untuk menggalakkan para petani di kawasan daerah Ranau untuk menceburi penanaman padi bukit secara moden.Beliau menyatakan langkah ini merupakan rancangan jangka masa panjang dan perlu penelitian dan kajian yang berterusan kerana penanaman padi bukit mempunyi potensi yang baik bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani-petani terutama di daerah Ranau.

Beliau juga mengesa PPK Kawasan Kinabalu agar mengambil peluang ini untuk turut sama memikirkan langkah-langkah yang lebih produktiviti untuk membangunkan sektor pertanian di daerah Ranau agar langkah ini boleh memberikan kebaikan kepada petani-petani terutama ahli PPK Kawasan Kinabalu.

Datuk Siringan juga berharap dengan perlantikan beliau sebagai Presiden Kehormat PPK Kawasan Kinabalu, Kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk memajukan sektor pertanian di daerah ini perlu diutamakan agar segala perancangan dapat di teruskan dan mencapai visi dan misi Pertubuhan Peladang Kinabalu.

Beliau juga sebagai sebagai Wakil Dewan Rakyat kawasan Kinabalu akan terus menggesa pihak Kementerian Pertanian dan pihak yang bertanggungjawab memajukan sektor pertanian agar terus memperbaiki sistem penyampaian maklumat agar bantuan dan maklumat untuk membantu petani kecil dan sederhana dapat disampaikan dan kebaikannya dapat dimanafaatkan oleh petani-petani kecil dan sederhana terutama di kawasan pedalaman Sabah.

Syam Roger

Monday, May 11, 2009

“SMK RANAU MAMPU MENJADI SEKOLAH IMPIAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN ” SIRINGAN GUBAT


YB Datuk Siringan Merakamkan gambar kenangan bersama jawatankuasa PIBG SMK Ranau Sesi 2009-2010 yang baru dipilih.( YB Datuk Siringan Gubat duduk empat dari Kanan)


Gambar YB Datuk Siringan Gubat (tiga dari kiri) semasa merasmikan Mesyuarat agung PIBG Sekolah SMK Ranau.Turut Kelihatan Pengetua SMK Ranau En.Yahadi Yasili (dua dari kanan)Pengetua SMK Ranau.


Menghiburkan…Pelajar-pelajar SMK Ranau menyambut kedatangan YB Datuk Siringan dengan memainkan Alat-alat Muzik Tradisional.

RANAU- Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat yakin dan percaya SMK Ranau dapat mencapai Visi Dan Misinya dalam tempoh yang terdekat.Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutupan mesyuarat agung PIBG sekolah itu bagi sesi 2009-2010 baru-baru ini.

“Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerna mufakat” demikianlah antara saranan beliau kepada ahli mesyuarat sekolah tersebut yang mana kerjasama dan perpaduan harus diutamakan oleh pihak sekolah,PIBG dan masyarakat sekitar untuk merealisasikan misi dan visi sekolah tersebut.

Beliau juga menyifatkan permufakatan ini merupakan roh keramat yang melengkapi kesempurnaan insan yang dicita-citakan.Anak-anak umpama berlian yang perlu digilap.Jika tidak ada perpaduan oleh semua pihak, tentu berlian itu malap dan tidak bercahaya.Sesuai dengan harapan dan aspirasi bangsa Malaysia melahirkan insan berdaya saing serta seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani maka fenomena yang berlaku sekarang merupakan cermin pada bangsa yang akan datang.

Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, beliau juga menyentuh gagasan Perdana Menteri Malaysia “1malaysia,rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan” yang mana seluruh warga pendidik, Ibubapa,pelajar dan masyarakat Daerah Ranau harus berusaha memajukan diri dan mementingkan soal pendidikan dan kemahiran agar warga Ranau pada masa akan datang dapat bersaing dalam pelbagai bidang dengan bangsa-bangsa lain pada masa akan datang.

Pesaingan akan terbuka luas, dan kita harus mempersiapkan diri kita dengan pendidikan yang baik dan mempunyi kemahiran yang bertaraf dunia.Sekiranya ini semua kita capai, tidak mustahil pada masa akan datang kita akan menjadi bangsa yang kuat dan maju serta menjadikan Malaysia Negara yang maju pada masa akan datang.Demikianlah antara seranan-seranan beliau dalam majlis tersebut.

Pengetu SMK Ranau En.Yahadi Yasili juga berkata beliau sangat gembira atas kehadiran YB Datuk Siringan Gubat, walaupun kesibukan beliau untuk menjalankan tugasnya selaku waki rakyat kawasan Parlimen Ranau.Beliau yakin YB Siringan Gubat sentiasa sedia mendengar apa juga masalah dan sedia untuk berkongsi bersama masalah dan keperluan yang dihadapi oleh warga pendidik,PIBG dan pelajar-pelajar di Daerah Ranau ini untuk terus memajukan taraf pendidikan di Daerah ini.

Dalam Mesyuarat PIBG sekolah tersebut sekali lagi En.Arimin Modi dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG bagi memimpin PIBG SMK Ranau untuk sesi 2009-2010.Pihak pentadbir sekolah dan ahli PIBG yakin dan percaya beliau akan terus cemerlang untuk memimpin peranan PIBG seperti yang ditunjukkan oleh beliau pada sesi yang lepas.Timbalan Yang Dipertua pula menampilkan muka baru iaitu En.Jamian Abd.Manan yang mana pihak pentadbir sekolah ini menyifatkan gandingan yang sangat baik kerana mereka mempunyi satu kombinasi yang mantap atas pengalaman mereka selaku pemimpin yang begitu luas dalam pelbagai aspek.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Ranau pada hari ini memperlihatkan harapan terbilang yang memberi manafaat kepada semua pihak.Peranan PIBG dalam memantapkan misi dan visi sekolah tidak dapat disangkal lagi dan telah diperakui oleh semua pihak.

Saturday, May 2, 2009

YB DATUK SIRINGAN DAN SKUAD KESIHATAN HOSPITAL RANAU MENGADAKAN PROGRAM KESIHATAN DI KAWASAN TERPENCIL DI DAERAH RANAU.


RANAU- Pejabat Perhubungan Parlimen P.179 Ranau, sentiasa menjalin kerjasama dengan mana-mana Jabatan Kerajaan Di Daerah Ranau dalam usaha untuk membantu rakyat bukan sahaja dari segi pembangunan sosial dan fizikal, tetapi juga dari segi bantuan perkhidmatan kemanusiaan terutama dalam soal kesihatan rakyat.


Ahli Parlimen Ranau, YB Datuk Siringan Gubat bersama Skuad Kesihatan Hospital Daerah Ranau yang dipimpin oleh Dr.Rameswaren, telah bersepakat mengadakan program pemeriksaan kesihatan di kampung-kampung terpencil sekali di Daerah Ranau.
Program “ Doktor Udara” merupakan antara topic utama susulan daripada kunjungan hormat rombongan Hospital Daerah Ranau yang diketuai oleh Dr.Rameswaren yang mana telah membincangkan banyak program-program kesihatan dan plan-plan pembangunan bagi Hospital Daerah Ranau yang lalu.


Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat berkata bahawa kawasan terpencil dan faktor kesukaran jalan yang sukar bukanlah penghalang untuk mengadakan program kesihatan yang akan dilaksanakan kerana beliau selaku wakli rakyat, mempunyi peruntukan untuk menggunakan perkhidmatan Sabar Air (Helicopter) untuk tujuan membantu dan menyelasaikan masalah rakyat di kawasan beliau ini.


Seramai 12 orang daripada Skuad kesihatan Hospital Daerah Ranau dan 6 orang daripada Pejabat Perhubungan Parlimen Ranau telah memilih Kg.Tiang Lama sebagai sasaran pertama untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan dan rombongan ini bertolak seawal jam 8.00 pagi melalui jalan udara untuk meneruskan misi kesihatan tersebut.
Kg.Tiang Lama sejauh 58Km, merupakan antara kampung yang jauh terpencil dan mengalami jalan-jalan perhubungan yang teruk serta faktor inilah yang menyebabkan penduduk di sekitar kampung tersebut sukar untuk datang menerima perkhidmatan kesihatan di Hospital Daerah Ranau.


Melalui program kesihatan yang telah diadakan ini, seramai 150 penduduk yang terdiri daripada pelajar sekolah,orang dewasa dan juga warga emas telah menerima rawatan dan dibekalkan ubat-ubatan hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan.Skuad Kesihatan Hospital dan rombongan Ahli Parlimen sangat berterima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah atas kebenaran untuk menggunakan bangunan sekolah sebagai pusat operasi kesihatan dan kerjasama yang begitu baik sekali juga diberikan oleh pihak pentadbir sekolah itu sepanjang program ini dijalankan.


Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat turun padang, bukan sahaja untuk tujuan pemeriksaan kesihatan semata-mata, tetapi juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra sambil mendengar dan mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung tersebut.Setiausaha akhbar Ahli Parlimen,En. Mohd.Hisyamuddin Harun ketika dihubungi berkata bahawa “program ini lebih merupakan serampang dua mata,dan beliau mengatakan bahawa Ahli Parlimen Ranau menepati aspirasi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat atas usah-usaha sebegini..” ujur beliau.
Dalam program ini YB Datuk Siringan mencadangkan agar satu sub-pertanian diwujudkan di kawasan tersebut kerana Kg.Tiang Lama mempunyi tanah yang sangat subur dan cuaca yang amat baik sekali untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah tinggi.Beliau merasakan sekiranya projek ini dapat dijalankan maka sosioekonomi penduduk di kawasan kampung dapat dipertingkatkan.

YB Datuk Siringan akan berusaha membawa perkara ini kepada Jabatan Pertanian Daerah Ranau untuk dibincangkan dan seterusnya dilaksanakan seberapa cepat yang mungkin. “..Jika sekiranya projek ini boleh membantu rakyat, mungkin kita akan fikirkan program ini kepada kampung-kampung lain yang berpotensi di mana saja..” tegas beliau.
“ Tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Skuad kesihatan Hospital Daerah Ranau sepanjang program ini dijalankan” kata YB Datuk Siringan Gubat kepada Dr.Rameswaran setelah selasai Skuad itu memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kampung tersebut.

Ahli Parlimen itu juga berkata, program ini bukanlah kali pertama dan terakhir yang akan dilaksanakan.Beliau berjanji bahawa beliau dan Skuad Kesihatan Hospitan Daerah Ranau akan merancang lebih banyak lagi program seumpama ini untuk memberikan perkhidmatan terutama kepada kampung-kampung yang jauh terpencil di kawasan Daerah Ranau.


“Datuk…bila lagi program ini diadakan di kampung ini…?..” demikianlah pertanyaan penduduk Kg.Tiang Lama kepada YB Datuk Siringan Gubat kerana penduduk kampung tersebut sangat gembira dan berterima kasih atas program yang dijalankan di kampung mereka.

Skuad Hospital Daerah Ranau yang diketuai oleh Dr.Rameswaran juga sangat berpuas hati dengan kerjasama bukan sahaja daripada rombogan Ahli Parlimen tetapi kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk kampung di sepanjang pemeriksaan kesihatan ini dijalankan.

RENCANA OLEH SYAM ROGER

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENGARAH HOSPITAL RANAU KEPADA AHLI PARLIMEN RANAU.




RANAU- Pengarah Hospital Ranau yang baru Dr.Rameswaran Muttu telah membuat kunjungan hormat kepada Ahli Parlimen Ranau bagi membincangkan program-program kesihatan bersama yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat di Daerah Ranau.

YB Datuk Siringan Gubat amat bersetuju dengan langkah dan cadangan oleh Pengarah Hospital baru ini untuk merangka dan merancang program-program kesihatan di kawasan pedalaman dan jauh terpencil di Daerah Ranau ini.

Dr.Rameswarana Muttu juga menyuarakan dan berhasrat untuk menjadikan Hospital Daerah Ranau ini sebagai pusat perubatan yang lengkap setara dengan hospital Queen Elizabert di Kota Kinabalu.Ini kerana Daerah Ranau merupakan Daerah yang terletak di tengah-tengah di negeri Sabah ini dan akan memberi manafat kepada Daerah-Daerah Kecil yang berjiran dengan Daerah Ranau.

Cadangan dan rancangan Dr.Rameswaran ini amat dipersetujui oleh YB Datuk Siringan Gubat kerana faktor jalan raya yang merentasi bukit bukau banjaran gunung kinabalu dan jalan raya yang berliku-liku ini menyukarkan dan mengambil masa lebih dari 2 jam perjalanan untuk sampai ke Queen Elezebert dalam kes-kes kecemasan.
Oleh yang demikian YB Datuk Siringan menegaskan bahawa sudah wajarlah Hospital Daerah Ranau mempunyi kemudahan perubatan yang lengkap seperti yang ada di Hospital Queen Elezebert dan memperolehi doktor-doktor pakar yang diperlukan dalam kes-kes tertentu.

Dalam perbincangan tersebut YB Datuk Siringan akan berkerja keras untuk membantu pihak hospital Daerah untuk mendapatkan sebuah bangunan pentadbiran yang lebih baik dan mencukupi keperluan sebuah hospital berpusat bernilai RM50 Juta.Beliau akan membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diketengahkan dan berharap agar perkara ini dapat diluluskan dan dapat dilaksanakan nanti.

SIRINGAN MENGESA SEKOLAH DI DAERAH RANAU AKTIF UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH.







RANAU – Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat sangat tertarik dengan konsep dan Matlamat program PRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah Rendah) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan mengesa kepada sekolah-sekolah di Daerah Ranau agar terus melipatgandakan usaha menganjurkan banyak program dibawah unit ini.

Demikianlah seranan dan amanat yang telah disampaikan oleh YB Datuk Siringan semasa beliau merasmikan Majlis Penanggguhan Kempen Pencegahan Dadah peringkat Sk.Don Bosco Bundu Tuhan ,Ranau.Beliau mengingatkan bahawa ibubapa dan guru-guru harus berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan pelajar dalam aspek pendidikan untuk sentiasa cemerlang dan memastikan sosial pelajar sentiasa dipantau agar genarasi pelapis ini akan terus terjaga dan terjamin demi mewujudkan golongan pewaris kepimpinan pada masa akan datang.

YB Datuk Siringan sedar akan keperluan,kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh setiap guru mahupun pihak pentadbir sekolah kerana beliau juga pernah menjadi seorang pendidik sebelum menjadi wakil rakyat pada masa lalu.Namun beliau menegaskan bahawa kekurangan prasarana dan kedaifan sekolah-sekolah di daerah ini yang jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar bukan menjadi penghalang untuk melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik mahupun kegiatan kokurikulom semata-mata.

Sumber pada masa kini telah diakui bahawa Daerah Ranau merupakan antara Daerah yang banyak melahirkan golongan Garaduet dan menjawat jawatan yang penting di jabatan-jabatan kerajaan dan sawasta pada masa kini.Beliau bertekad akan terus berusaha untuk membawa agenda pembangunan untuk memastikan sekolah-sekolah di Daerah Ranau ini mendapat peruntukan untuk tujuan pembaikan bagi sekolah-sekolah yang uzur dan daif agar pelajar-pelajar dan guru-guru dapat menggunakannya dengan selesa dan lebih baik.

YB Datuk Siringan mengingatkan juga agar peperiksaan UPSR bagi sekolah rendah terus diberikan perhatian oleh guru-guru dan ibubapa kerana peperiksaan UPSR ini merupakan kayu pengukur dan penentu awal dalam menentukan kecemerlangan awal pelajar dalam pendidikan.Beliau memuji guru besar dan guru-guru sekolah Sk.Don Bosco ini, kerana sekolah ini merupakan antara sekolah yang melahirkan pelajar teramai mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2008, iaitu seramai 4 orang pelajar.

YB Datuk Siringan juga turut menyokong dan meminta kepada semua warga pendidik,Ibubapa,Pelajar dan masyarakat di sekolah ini agar menyokong usaha-usaha kerajaan seperti “Eart Hour” kerana program yang dianjurkan oleh kerajaan ini memberikan manafaat yang baik bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada alam semulajadi yang telah diciptakan oleh Tuhan kepada manusia.Pelajar dan masyarakat Sk.Don Bosco harus bersyukur kerana sekolah ini mempunyi pemandangan yang cantik dan udara yang nyaman kerana terletak di bawah kaki Gunung Kinabalu, yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

YB Datuk Siringan tutut menyumbangkan sebuah Mesin pemotong rumput untuk kegunaan pihak sekolah membersihkan persekitaran sekolah ini dan juga meninjau bangunan di sekitar sekolah ini yang sudah uzur dan memerlukan pembaikan segera.Beliau akan membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar diberikan peruntukan yang sewajarnya.

Ahli Parlimen Lawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Ranau


Terima Kasih YB Datuk...Pengerusi PPDK En.Jabay Surugau menerima Cek RM 5,0000.00 Mewakili semua Warga PPDK...


Selamat Datang YB....Pelatih PPDK menyambut Datuk Siringan dengan penuh hormat


YB datuk Siringan menyumbangkan Sebuah Tangki Air untuk Kegunaan Pusat PPDK




RANAU - Ahli Parlimen Ranau YB Datuk Siringan Gubat menyeru kepada penderma-penderma terutama NGO di Daerah Ranau agar menyumbang kepada PPDK (Pusat pemulihan Dalam Komuniti Ranau) untuk membantu Pusat itu mempertingkatkan aktiviti dan membantu pelatih-pelatih di pusat itu yang kebanyakannya datang dari keluarga petani dan berpendapatan rendah.

Pengerusi PPDK En.Jabay Surugau juga mengakui bahawa masih banyak warga Ranau yang tidak sedar dengan kewujudan PPDK (Pusat Pemulihan Dalam komuniti Daerah Ranau ) walaupun sudah ditubuhkan hampir 9 Tahun.Pusat ini telah diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Keluarga dan Mesyarakat dan PPDK Daerah Ranau ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Siringan pada awal penubuhannya pada Tahun 2002 yang lepas semasa beliau mewakili DUN Ranau.Oleh itu pengerusi PPDK meminta agar pemimpin-pemimpin mesyarakat turut serta untuk membantu pusat ini dari masa ke semasa.

Datuk Siringan merasakan Pusat ini perlu diwujukan dan di beri sokongan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi kecacatan fizikal dan juga kecacatan 5 panca indera.Dengan tenaga pengajar yang mempunyi kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang ini, maka telah banyak pencapaian yang positif dan memberansangkan daripada pelatih-pelatih pusat ini telah dicapai oleh pusat ini selama tempoh pewujudan pusat ini.

Antara masej yang telah disampaikan oleh Datuk Siringan pada majlis tersebut iaitu ; “.. ibu bapa harus bersabar dan teruskan usaha kerana tanggungjawab menjaga anak yang mempunyai kecacatan fizikal memang merupakan tanggungjawab yang berat dan perlukan penjagaan yang lebih.ibu bapa harus berfikir, mengangap masalah ini sebagai masalah biasa dan tekanan itu akan berkurangan, maka tanggungjawab ini akan menjadi perkara yang sangat biasa sahaja..”

Beliau juga berkata bahawa kerajaan BN juga telah banyak meperuntukkan dana untuk pusat-pusat seperti ini yang merangkumi banyak perkara bukan sahaja golongan OKU,Warga Emas , tetapi banyak lagi agar golongan yang tidak berupaya dan tidak bernasib baik ini dapat mengecapi pembangunan dan turut sama merasai impak modenesasi di Negara ini.

Dalam majlis tersebut Datuk Siringan telah menyumbangkan sebuah tangki air dan RM 5,000.00 untuk kegunaan membeli keperluan alat bantu pemulihan dan juga bagi mengurangkan bebanan bagi ibubapa pelatih di pusat itu yang benar-benar memerlukan bantuan.